KHIDMAT NASIHAT DARI LAKSAMANA BENTAN UNTUK LAMAN REFORMASI
Bagi pihak Web Master Laman Reformasi TERIMA KASIH di ucapkan.
 
 
Pencerobohan Laman Reformasi : Janganlah reformis bersangka buruk
 
Pertamanya saya mengucapkan takziah kepada saudara dalam perjuangan Mahazalim di
atas pencerobohan
laman web beliau. Anggaplah ini merupakan satu cabaran dalam perjuangan saudara.
Ingatlah dalam sesuatu perjuangan menegakkan kebenaran pasti ada perintangnya.
Hal ini mengingatkan saya pada kata-kata pamannya isteri Rasuullullah S.A.W
iaitu Waraqah Bin Naufal :
 
" Lam Ya'ti rajulun qottu bimitsli maa ji'ta bihi illa 'uudiya " [HR Bukahri]
"Tidak datang seorang laki-laki sama sekali dengan semisal apa yang engkau bawa
Muhammad kecuali dimusuhi"
 
Sabarlah saudara, disebalik musibah ini..di situlah letaknya kemanisan erti
perjuangan. Saudara telah diaibkan dan dianiaya. Rebutlah kesempatan keemasan
ini. Ingatlah bahawa doa orang yang dianiya itu akan sampai terus ke ALLAH tanpa
tabir. Sekarang ini haknya saudara untuk duduk memohon kepada ALLAH untuk
meminta kepadaNya apa saja yang saudara hajati.
 
Sebagai seorang webmaster yang bekerja di sebuah syarikat IT saya mencadangkan
saudara mengambil langkah berikut untuk memulihkan web Laman Reformasi :
 
1) Cuba berhubungan dengan pihak tripod. Sekiranya saudara boleh meyakinkan
pihak tripod bahawa saudara adalah pemilik web yang asli, new authentication
access pasti akan diberikan.
 
2) Buka kembali Laman Reformasi yang lama. Sekarang ini mahazalim.tripod.com
hanya mengandungi arkib2 yang terdahulu.
 
3) Buka Laman Reformasi di URL yang lain. Bermakna membuat new account di mana2
tapak web percuma.
 
Namun perlu diingat untuk option 2 dan 3 itu bermakna saudara mungkin terpaksa
'melepaskan' kesemua arkib2 yang tersimpan di mahazalimtwo.tripod.com.
 
Walaupun begitu di atas beberapa kejadian kebelakangan ini, saya menyimpan
perasan kekecewaan pada sebilangan reformis atas sikap dan prasangka terhadap
pengendali2 web reformasi. Inilah yang sering membuatkan saya tertanya-tanya
pada diri sendiri apakah kita sebetulnya mempunyai 'roh' perjuangan yang jitu.
Apa yang saya nampak kita ini kadangkala tidak lebih baiknya 'saudara2' kita di
UMNO sana. Kita bencikan UMNO, kita mahu Mahathir undur segera, namun malangnya
budaya sahsiah kita tidak ada bezanya dengan mereka. Hal ini akan saya ulas
dalam penulisan saya akan datang..insyaALLAH.
 
Berbalik kepada hal pencerobohan ini, saya terkilan membaca beberapa tanggapan
luahan perasaan dari pembaca laman reformasi. Begitu cepat dan mudah kalian
menjatuhkan prasangka menuduh kepada pengedali web tersebut. Walaupun tuduhan
itu ada logiknya namun sekiranya tetap tanpa bukti dan disiarkan dikhalayak umum
statusnya tetap berupa FITNAH. Sama juga tuduhan liwat terhadap pemimpin yang
kita kasihi Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dari segi logiknya kemungkinan itu tetap
ada sebab orang boleh beralasan bahawa DSAI bukanlah maksum..dia hanya manusia
biasa yang punyai nafsu. Namun kita harus melihat dari sudut hukum peraturan
ALLAH dan Rasul bahawa pertuduhan itu sampai sekarang tidak menetapi kehendak
peraturan tersebut maka tinggallah hal ini hingga ke hari ini sebagai
pertuduhan, dan perbuatan menyebarkannya ke khalayak ramai ialah FITNAH.
 
Menjawab beberapa prasangka dan pertuduhan yang dilemparkan, izinkan saya
mengutarakan sedikit penerangan berdasarkan ilmu saya yang tak seberapa ini :
 
1) "Tripod sudah pasti mempunyai sistem sekuriti yang canggih masakan boleh
dicerobohi"
 
    Untuk pengetahuan pembaca sekelian, dalam 'hukum' internet TIDAK ADA satu
pun sistem di dunia ini boleh mendabik dada mereka mengaku bahawa sistem mereka
adalah kebal 100%. Salangkan tempat2 yang 'super high security' sekalipun
seperti Pentagon sudah beberapa kali diceroboh. Inikan pula sebuah tapak web
percuma. Sebetulnya sekuriti di Tripod bukanlah seketat mana. Mana-mana mereka
yang tahu akan mengakui hal ini kerana sebetulnya 'login authentication' pada
Tripod bukanlah menggunakan 'Secure Socket Layer (SSL)'. Ini sebetulnya membuka
ruang untuk orang tertentu untuk 'sniff' connection user tersebut dan seterusnya
'mencuri' passwordnya. Dan atas hal ini juga, seseorang yang punya sedikit
kemahiran 'web scripting' boleh membuat satu program dan 'run' secara tubi
dengan memadankan perkataan2 dari satu database untuk dicuba sebagai password.
Seandainya password itu terlalu mudah dan hanya mengikut sesuatu perkataan yang
valid makan lambat laun 'hacker' tersebut akan berjaya 'mencuri' password
tersebut. Makanya secara peribadi saya merasakan hacker tersebut bukan buat
kerja ni sehari dua, tapi agak lama juga.
 
2) "Di tambah pula Mahazalimtwo telah menggunakan TIGA laluan untuk ke
websitenya, bagaimana boleh berlaku sekiranya tidak melalui 'pemilik website itu
sendiri' ?"
 
  Komen ini sebetulnya timbul atas kejahilan penulis di atas mengenai sistem
alamat URL sesebuah website. Sebetulnya walaupun Laman Reformasi mempunya 3
laluan ke websitenya, namun ianya tetap menuju kepada file yang sama yang telah
diceroboh. Baik anda menaip http://mahazalimtwo.tripod.com atau
https://members.tripod.com/mahazalimtwo atau http://mahazalimtwo.tsx.org ianya
tetap akan menuju pada lokasi yang sama. Adapun mahazalim.tsx.org adalah
merupakan referrer service sama seperti jump.to, go.to, move.to dan sebaginya.
Jadi maknanya hacker tersebut hanya perlu menceroboh satu akaun untuk memberikan
kesan kepada semua link2. Malahan sekiranya ada site yang membuat mirror pada
Laman Reformasi itu, ianya akan memberikan kesan yang sama.
 
Jadi saya kira dengan sedikit penerangan tersebut dapat menjelaskan sedikit
kekeliruan. Janganlah atas emosi dan prasangka kita sama-sama mendapat 'saham'
atas dosa yang dilakukan oleh insan yang bernama "Hackers Junior"
tersebut..nauudzubillahi mindzaalik.
 
Maaf jika ada kata-kata yang kurang berkenan.
 
p/s: pada memana pw yang rajin tolong forwardkan artikel ni kat wm tranung kite.
Thank You.
 
Laksaman Bentan
laksamanabentan@bored.com