MEDLEY LAGU LAMA LAGU BARU

Assalamu ‘alaikum Saudara Seperjuangan !

 

Pada tanggal 9hb September Sayugianya maka datang lah Dato Seri Rafidah Aziz (Tok Fidah) & Kroni Exco Pergerakan Wanita UMNO nya dalam Majlis Semarak Kasih Wanita UMNO Perlis.Dalam ucapan beliau - tinggal lah sedikit pesanan untuk PAS dan Keadilan supaya tidak “bubuh pasir kedalam periuk” orang Melayu.

 

Alaaahai!!! Tok Fidah sesungguhnya kamu sedang mengapai ngapai ditengah padang pasir yang tandus –kering kontang - dah “maneapause”  puuun!!!kamu mengharapkan supportive element sumbangan dari Mahathir sebagai FORMULA LUAR BIASA (KRU) seperti KY-JELLY untuk menikmati kegelian kegelian dan terkial kial yang penuh kepalsuan sambil melopong mulut terkebil kebil biji mata melahirkan kepuasan pura pura. Sedar lah wahai Tok Fidah bahawa rakyat negeri Perlis khusus nya orang Melayu telah pun dan sedang rebus pasir dalam periuk angkara dek UMNO BARU(A) Jahanam Pimpinan YAB Dato Seri Shahidan @ Shaitan Bin Kassim. Memang ternyata dan tanya lah siapa pun sebagai saksi dikalangan warga negeri Perlis bahawa Kontrektor 20 hingga 50 orang Kroni UMNO BARU(A) dinaungi olih Wibawa lah Payung lah Gerak lah dan berbagai lagilah  rekaan rekaan puak puak UMNO BARU(A)dan mereka ini diberi Santapan Berhidang tetapi yang sedih dan  kasihan nya yang baki 400 hingga 500 orang kontrektor Kelas F disuruh balik rebus pasir Adakah ini pembelaan orang orang Melayu??? . Tanah Simpanan orang  Melayu habis Tersimpan dihutan belentara dijadikan tukaran Freehold dibandar untuk Orang Orang Mendatang membelinya dengan harga tinggi akhir nya  orang Melayu buka perniagaan dalam hutan belentara berurus perniagaan dengan beruk dan kera didalam hutan Ini kah dikatakan pembelaan keatas hak orang Melayu???  Sah lah UMNO BARU(A) bubuh pasir dalam periuk orang Melayu .

Sandiwara MOU 44 yang ditanda tangani olih pelabur pelabur luar banyak yang dah lebur jadi kubur. Kenapa ya!!! Sebab nak ambil komisyen kemudian bubuh pasir dalam periok pelabur! Zalim!!! Perlis tak akan mencapai kemajuan selagi ada dalam dalang dalang yang menghalau keluar pembangunan. Cukup setakat ini dulu, banyak perkara yang lain lagi yang akan diluahkan.

 

MARHABAN!!! YA MARHABAN!!! YA MARHABAN!!! 

Selamat datang ke Perlis saudara Azmin Ali dan saudara Ezam Mohd Noor (tarikh dan tempat dirahsiakan)  marilah kita bersama rakyat Perlis berganding dan berpadu suara nyanyikan lagu GETARRRAAANNN JIWAAAA (P.Ramlee) ditujukan khas untuk YAB Perlis sebagai buaian mimpi misteri yang akan  dilondehkan hingga habis bulu bulu ketiak luruh macam pokok; daun nya luruh disambar petir. Kali ini baru dia kenal KAU SIAPA AKU SIAPA (Kump Elite)TIADA MAAF BAGIMU(Sharifah Aini) sahut rakyat

 

JERITAN BATIN (P.Ramlee)ku meluap luap apabila Shahidan Kassim hendak mengheret PETRONAS kemahkamah. Konon nya Royalty minyak tu hak semua  termasuk Kerajaan Malaysia. Perjanjian termaktub antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Petronas pada  tahun 1975 memang dah jadi hak mutlak rakyat dah kudrat ALLAH SWT rezeki didalam kerongkong rakyat Terengganu, inikan pula Shahidan Kassim nak korek dari dalam kerongkong Rakyat Terengganu supaya dimuntahkan kembali kepada Kerajaan Pusat kenapa yaa!!! Inilah sikap yang ada pada beliau penuh dengan perasaan hasad dengki dan pengkhianatan terhadap rakyat. Begini lah juga sikap yang ditunjuk terhadap rakyat negeri Perlis hingga Perlis sendiri mengadapi ketinggalan dalam  pembangunan. Bila KAU TINGGI DI AWAN BIRU(Sharifah Aini) semua projek projek disumbat ke tembolok sanak saudara dan kroni kroni UMNO. Rakyat yang lain melopong kais pagi makan pagi kais petang makan petang dan ada yang terpaksa merempat  berhijrah untuk menampung kehidupan

 

Wahai warga Tambun Tulang jangan lah menyesal dan  JANGAN KAU LAFAZKAN (KRU) kerana silap memileh ADUN. Beliau terpileh kerana SUCI DALAM DEBU(Kump. Iklim) mailbag dan undi hantulah  yang banyak menolongnya dalam Pilihan Raya Umum 1999.

 

PURNAMA MERINDU (Siti Nurhaliza)ialah September, bulan yang sentiasa dalam ingatan, sentiasa dirindui oleh Para Reformis. Genap lah dua tahun saudara DSAI dipenjarakan. Bagi kami Rakyat yang dahagakan Reformasi laksanakan   PUNGGOK RINDUKAN BULAN (P. Ramlee/ Saloma) Kami rindukan laungan “REFORMASI” mu wahai Dato Seri Anwar Ibrahim.

 

KERANAMU DSAI: Mata mu lebam sebelah :mata hatiku terbeliak

KERANAMU DSAI: dipenjarakan 15 tahun: tanganku takkan berhenti memberontak 

 

Tungguuu!!! 2004 Mahathir, kau akan RINDU SERINDU RINDUNYA (Kump Spoon/Sharifah Aini) terhadap Rakyat Malaysia

 

Tamat :PUKUL TIGA PAGI(P. Ramlee)

 

Superwebjump.Com

Perlis