LAGI ISU PERTEMUAN PAS-UMNO

Oleh : maden mymaden@yahoo.com

19 Februari adalah satu tarikh yang agak penting terhadap negara kita. Dimana PAS dan UMNO akan membincangkan tentang soal perpaduan Melayu yang hangat diperkatakan kini. Inilah Melayu namanya bila dikritik sedikit habis semuanya gopoh-gapah. Begini senangnya Melayu ingin diciptakan dan dimusnahkan.Begitu cepat dan jitu sekali.

Tapi, PAS sungguh tidak disangka dimana tertipu tentang apa yang dikatakan oleh UMNO bahawasanya perjumpaan ini adalah untuk menyatupadukan Melayu di Malaysia ini. Bagaimanakah klimaksnya jika Melayu berjaya disatupadukan ? Adakah PAS akan menyertai UMNO atau UMNO menyertai PAS. Inilah yang dikatakan perpaduan. Perpaduan ini terjadi apabila 2 kumpulan bertelagah bersemuka untuk membincangkan pertelagahan yang berlaku supaya pertelagahan itu dapat dihentikan dengan segera dan dapat duduk semeja memerintah negara ini, yakni Malaysia. Sungguh begitu senang UMNO bermain sandiwara tentang perpaduan dan PAS begitu senang sekali menyambut sandiwara UMNO ini dengan begitu redha sekali. Apakah nasib Melayu di Malaysia ini ?. Melayu mana akan bergabung di dunia ini jikalau semua berfikiran terbuka. Melayu akan boleh bersama jikalau semua Melayu itu `bodoh`. Jadi, perbincangan ini adalah satu perbincangan tentang dimana ingin menyatupadukan orang-orang Melayu yang `bodoh` sahaja. Bagi mereka yang tidak terlibat, itulah dikatakan `Perpaduan`. Perpaduan ini hanya boleh dipupuk apabila negara kita aman damai dan diperintah oleh segolongan orang-orang yang betul dapat memimpin dan segala bentuk penyelewengan dapat dihapuskan inilah akan menimbulkan satu `perpaduan yang kukuh dan erat`.

PAS munkin sudah lupa tentang apa yang terjadi padanya dalam tahun 70-an dahulu. PAS tidak mahu belajar dari kesalahan, tetapi PAS mahu kesalahan itu menjadikan lebih beribu-ribu kesalahan lagi. PAS sekarang sudah angkuh dimana didalam partinya semuanya daripada golongan Melayu jadi mungkin PAS ingin menjadi hero tentang memperjuangkan nasib dan hak orang-orang Melayu. PAS ingin mengatasi UMNO dengan bersetuju untuk berbincang dengan UMNO. Yang, sudah kita ketahui bahawasanya UMNO kini sudah tidak mendapat tempat dihati rakyat, maka sekarang UMNO cuba untuk menjadikan PAS itu satu daripada senjatanya untuk menajamkan lagi kekuatan jentera partinya. Mengapa PAS begitu senang sekali bersetongkol denganmereka-mereka ini ?

Disini, kita dapat lihat yang mana PAS dan UMNO adalah sebuah parti yang `ekstremis`. Dimana mereka-mereka ini cuba untuk menjadikan perpaduan orang Melayu itu satu daripada matlamat parti mereka untuk berjaya memenangi hati rakyat. Bagaimana pula kaum-kaum lain ? Mengapa mereka tidak membincangkan tentang perpaduan mengenai rakyat-rakyat di Malaysia ini ? Mengapa harus dipinggirkan kaum-kaum Cina, India dan suku kaum lain ? Adakah mereka ini bukan rakyat Malaysia ? Adakah mereka ini komunis ataupun pengganas? Jadi, silapnya UMNO maka silapnya PAS sama sekali. PAS patut lebih peka dengan apa yang dilakukannya kerana parti PAS adalah sebuah parti pembangkang yang mendapat tempat dihati rakyat negara ini dan juga PAS perlu menjaga etika Barisan Alternatif dimana PAS sebenarnya perlu merujuk kepada parti-parti lain terlebih dahulu supaya apa yang akan dibincangkan itu tepat dan berjaya memenangi semuahati rakyat di Malaysia ini.

Sudah sampai masanya UMNO ingin memecah-belahkan orang Melayu di Malaysia ini. Jikalau dilihat latar belakang UMNO dimana dahulu semua parti Melayu yang menentangmya dibubar dan diharamkan seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dan lain-lain. Adakah PAS mahu partinya dibubarkan ? Adakah PAS mahu semua parti Di dalam Barisan Alternatif memulaukan PAS ? Adakah PAS mahu Jawatankuasa Pusat PAS dan Pergerakan Pemuda PAS bertelagah ? Sepatutnya PAS lebih mendalami dalaman parti terlebih dahulu sebelum keluar berunding. PAS silap percaturan. Sekarang, Barisan Alternatif berada di dalam bahaya yang mana semua pergerakan di dalam Barian Alternatif terhenti seketika kerana PAS lebih tertumpu terhadap proses perbincangan tentang Perpaduan orang Melayu ini. Barisan Alternatif terhenti seperti satu `gencatan senjata` terjadi yang mana semua aktiviti dalam Barisan Alternatif terhenti ekoran daripada perbincangan PAS dan UMNO itu.

PAS perlu pandai menilai tentang etika ber-Barisan Alternatif. PAS perlu merujuk, PAS perlu berbincang, PAS perlu mengkaji, PAS perlu muafakat terlebih dahulu dalam soal ini. Ramai dikalangan orang-orang bukan Melayu yang dahulu begitu tertarik dengan PAS sudah tidak senang dengan PAS sekarang ekoran daripada soal ini. Soalnya bukan setakat UMNO yang mengkhianati `perpaduan` malah PAS pun terjerat sama. PAS sepatutnya bukan menjadi hero tentang `perpaduan` Melayu sahaja tetapi mesti menjadi hero tentang seluruh rakyat di Malaysia ini tidak kira Melayu, Cina, India atau suku-kaum lain.

Jadi, PAS perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku padanya dahulu dan cuba untuk menepis segala bentuk sikap yang hanya pentingkan diri sendiri dan dengan itu apa sahaja keputusan yang dibuat oleh PAS pada perbincangan itu akan bukan sahaja menjadi sejarah tetapi ianya menjadi satu memori buat semua Barisan Alternatif yang kini saling hormat-menghormati malah peka terhadap `etika ber-Barisan Alternatif`. Maka, apa sahaja keputusan yang dibuat akan dibuat dalam satu keputusan yang akan mengembirakan seluruh orang Melayu khususnya rakyat Malaysia dan juga Barisan Alternatif.

12 Februari 2001