JAWATANKUASA SOKONGAN MASYARAKAT LADANG

d/a 26A, Tingkat Jaya 1,Taman Tasek Jaya,31400 Ipoh,Perak.

Tel/Fax: 05-5461608

1st. February 2001

Kepada,

Badan-badan Bukan Kerajaan NGO,

Persatuan dan Organisasi,

Parti Politik dan Kesatuan Sekerja

Saudara/I,

ISU GAJI BULANAN UNTUK PEKERJA LADANG:

BANTAHAN AMAN DI HADAPAN MAHKAMAH PERINDUTRIAN

Pada tahun lalu, pekerja ladang dijanjikan bahawa mereka akan memperolehi gaji bulanan. Para Menteri Kabinet khususnya Menteri Sumber Manusia Datuk Fong Chan Onn dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S.Samy Vellu juga memberi mandat yang sama. Namun pada akhir tahun lalu, para pekerja ladang terkejut apabila mengetahui bahawa isu gaji bulanan kini telah dirujuk ke mahkamah Perindustrian.

Merujuk kes ke Mahkamah merupakan satu tamparan kepada perjuangan pekerja ladang dan mengambarkan bahawa isu ini gagal diselesaikan di luar mahkamah walaupun sebelum ini diberitakan bahawa MAPA(Kesatuan mewakili majikan), NUPW(kesatuan Sekerja) dan Kabinet secara dasar setuju untuk mengimplementasi gaji bulanan. Pada tahun 1986, mahkamah perindustrian pernah menolak permintaan untuk gaji bulanan.

Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) yang diwakili oleh pekerja-pekerja ladang dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat amat kecewa dengan perkembangan ini dan meminta sokongan pertubuhan anda untuk turut serta dalam satu bantahan aman di luar mahkamah Perindustrian Kuala Lumpur.

Pertubuhan anda juga digalakkan membawa kain rentang menyokong gaji bulanan diimplemtasi.

Tarikh : 8hb. February 2001

Masa : 9 pagi.

Tempat: Mahkamah Perindustrian Kuala Lumpur,

(Bersebelahan Mahkamah Persekutuan dihadapan Dataran Merdeka)

Kami mengalu-alukan penyertaan dari organisasi saudara/I dan juga bantuan kewangan untuk menanggung kos pengangkutan para pekerja ladang yang datang dari jauh. Untuk maklumat tambahan, sila hubungi Sdri. Letchimi (03-26985271) atau Sdr Segar (012-5187744).

Sekian Terima Kasih.

Salam Perjuangan

 

 

Letchimi.D

Penyelaras Mewakili

Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang