KOMENTAR

Komentar 1

13.05.2000

 

Bayangan Anwar terpancar dalam persidangan UMNO kali ini. Presiden tetap berusaha memburuk-burukkan beliau. Mahathir “gah” dalam perhimpunan itu mengutuk Anwar. Apabila dipanggil untuk menghadiri sidang mahkamah beliau enggan. Apakah tidak nampak perwakilan UMNO bahawa ketakutan Mahathir jelas, kerana itu beliau enggan kemahkamah. Sungguhpun begitu ada perwakilan yang agak marah dengan komen Mahthir terhadap Anwar. Mereka tahu ini adalah konspirasi Mahathir dalam menyingkir Anwar. Malang mereka diam, takut dan tidak berani bangkit menentang Mahathir. Mahathir adalah UMNO buat masa ini dan yang lain adalah keldai-keldainya. Mahathir pasti menjaga kepentingan beliau dan kroni beliau .

 

Kita harus sedar akan permainan Mahathir.

 

Komentar