KOMENTAR

Salam Reformasi
14-2-2001

RAKYAT KUBANG PASU DI KASARI

Sekali lagi Polis bertindak untuk terus mencemarkan konsep mesra rakyat yang "gah" dilaungkan oleh mereka. Bukan sahaja polis cuba menakutkan rakyat Kubang Pasu tetapi telah bertindak keras kepada rakyat yang sepatutnya dilindungi oleh mereka. Kejadian di Kubang Pasu menjadi bukti betapa POLIS yang kita harapkan gagal bertindak membela rakyat tetapi bertindak kononnya rakyat yang hadir hampir 20,000 sebagai musuh mereka.

Dalam Program Ceramah dan penerimaan beratus-ratus ahli UMNO yang menyertai keADILan Kubang Pasu, polis telah bertindak menyembur air kimia dan gas pemedih mata sungguhpun mereka sedar  kalangan rakyat yang hadir terdiri dari warga tua dan kanak-kanak.

Semenjak jam 7.00 petang polis telah bertindak menutup jalan masuk ke tapak ceramah di Kg Malau Kubang Pasu. Sungguhpun terdapat tindakan menghalang,tetapi tapak ceramah dibanjiri oleh hampir 20,000 orang rakyat.

Sebaik sahaja YB Mohamed Sabu menghabiskan ucapan beliau beberapa anggota telah naik ke pentas dan memberi arahan bersurai.

YB Saifuddin telah meminta agar kanak-kanak dan orang tua di selamatkan sebelum membaca doa. Kala itu meriam air FRU dan 7 lori FRU mula masuk ke tapak ceramah.

Apabila Sdr Ezam Mohd Nor memberi ucapan meriam air kimia FRU mula membuat semburan. Yang anehnya rakyat seramai 20,000 orang tidak berganjak dan seolah-olah bersedia untuk bertindak sekiranya polis memulakan kekerasan.

Di lapurkan ramai warga tua dan kanak-kanak terkena semburan dan mengalami kesesakan nafas. Komentar mendapat tahu bahawa terdapat kecederaan (patah tangan) pada seorang anak kecil. Dimaklumkan bahawa Ketua Bahagian keADILan Sdr Onn Yussuf telah ditahan oleh pihak polis.

Kejadian ini hanya benar-benar menunjukkan betapa taatnya POLIS kepada minoriti pemimpin UMNO sehingga sanggup melanggar 20,000 orang rakyat Malaysia yang hadir pada ceramah tersebut.

KOMENTAR