Pelik! Itulah rasanya bila terbaca di Utusan Online berkenaan wawancara Lee
Kuan Yew (LKY) dengan BBC. Apa tidaknya LKY seolah-olah bertindak sebagai
peguam atau jurucakap kepada Mahafiraun. Oh! sekarang barulah tahu
tembelangnya, tahulah kita kenapa LKY mengakhiri 'PANTANG PUASA' selama 10
tahun tidak menjejak bumi Malaysia. Selepas berbagai-bagai isu yang
meretakkan KL dan Singapura, kini LKY datang mebela Mahathir. Apakah
Muslihat pertemuan dua musuh itu? Saya fikir mereka mempunyai satu
persamaan, BENCIKAN ISLAM. Dua orang musuh akan menjadi sahabat apabila
melibatkan ISLAM. Samada baik atau buruk.
 
LKY berkata penahanan DSAI bukan tanggungjawab Mahafiraun. Beliau juga
menjelaskan Mahafiraun tidak memberitahu perkara berkenaan ketika
perbicaraan berlangsung kerana tidak mahu menghina Mahkamah. BULLSHIT!
itulah perkataan yang tiba-tiba tersembul dimulut. Apa kaitan tahan ISA
dengan Hina mahkamah kes liwat? Wahai LKY untuk pengetahuan Encik, Mahathir
ni lebih dari menghina mahkamah dan menghina hakim serta pendakwaraya. Pada
perhimpunan Agung Ameno menjadi mahkamah bagi Mahathir untuk membelasah
DSAI. Kenapa tak fikir soal penghinaan kepada Mahkamah. Saya kurang pasti
samada encik LKY benar-benar percaya Mahathir atau bersubahat dengan
Mahathir. Kalau encik nak tahu, mahathir ini adalah pembohong paling besar
dimuka bumi setaraf dengan Firaun dan Abu Lahab serta Abu Jahal.
 
Mahathir tak tahu DSAI di ISA kan? BOHONG!. Mahather tidak tahu DSAI
dipukul? BOHONGG! Macamana MAHATHIR tahu DSAI meliwat? PEMBOHONG!.. Mahathir
masa jadi Menteri DalamNegeri tak buat kerja ker? MAKAN GAJI BUTA? Kalau itu
dia tak tahu, macamana dia boleh jadi PM serba tahu. Dia tahu bagaimana DSAI
'liwat' Azizan, dia tahu DSAI 'masturbate' Azizan..siap tunjuk isyarat
tangan lagi. Dia tahu Nabi tak cukur janggut sebab tak ada Gillette. Dia
tahu Saiyidina Hamzah tidak dimandikan ketika syahid sebab tiada air....Tapi
benda dalam jagaan dia dia tak tahu.. Jadi encik LKY sebenarnya anda dan dia
dah sama-sama tua dan nyanyuk.
 
Sekian
 
AURA2000