01-07-2001
Salam Reformasi,

SEDIH JUGA MELIHAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.

Bermula dari 2hb September 1998, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berubah suasana. Panggilan dan tuntutan Reformasi bergema dan di sinilah bermulanya tuntutan perubahan. Desakan dibuat agar perubahan segera dilaksanakan. Sdr Anwar Ibrahim sendiri agak terkejut melihat betapa ramainya rakyat yang sebenarnya sudah lama menagihkan perubahan. Tuntutan melalui demonstrasi jalanan dilaksanakan dengan aggresif sekali apabila jentera-jentera kerajaan milik rakyat di gunakan untuk menindas suara yang rakyat dan rakyat sendiri.

KUALA LUMPUR BERMULANYA REFORMASI

Siapa yang berani menyangkal seruan reformasi bergema dari Kuala Lumpur. Seruan itu kemudiannya tersebar luas ke negeri-negeri lain di Tanah Melayu ini. Suara itu menuntut Dr Mahathir berundur dan suara ini mendesak agak keadilan diberikan keatas rakyat Malaysia khususnya Sdr Anwar Ibrahim yang terlampau jelas di zalimi. Pemukulan keatas dirinya, perjalanan mahkamah yang tidak menampakan keadilan dan penindasan kejam keatas mereka yang hanya membela Sdr Anwar Ibrahim yang jelas menjadi mangsa kerakusan politik merupakan asas kenapa suara reformasi semakin kuat bergema.

Bermain di fikiran Komentar apa kabar
keADILan WILAYAH PERSEKUTUAN SEKARANG INI?

Memang kita mengamalkan demokrasi. Memang landasan kita adalah landasan demokrasi dan perjuangan politik kita berlandaskan manifesto bersama Barisan Alternatif dan perlembagaan negara ini. Apabila Sdr Anwar  Ibrahim menyarankan bahawa bagi menyatukan kekuatan apabila berdepan dengan proses demokrasi-pilihanraya, keADILan dan Parti Rakyat Malaysia perlu disatukan maka usaha kearah itu perlu dilaksanakan. Cadangan Sdr Anwar bagi penyatuan/gabungan ini adalah untuk menyerapkan kepimpinan PRM yang sudah teruji dan berpengalaman untuk bergabung dengan kepimpinan keADILan demi menjana kejayaan. Saranan ini disokong oleh Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Tien Chua, Sdr Saari Sungib dan beberapa kepimpinan lain yang sekarang ini simpan di Kemunting.

Tapi malang, keADILan Wilayah Persekutuan, tempat yang melahirkan generasi muda reformasi MENOLAK cadangan ini. Penolakan cadangan ini secara langsung melanggar hasrat untuk mengabungkan kekuatan lantas ini secara langsung menolak saranan Sdr Anwar Ibrahim serta beberapa kepimpinan yang kuat menyokong penyatuan keADILan ~ PRM seperti Sdr Ezam Mohd Nor dan Sdr Tien Chua.

APAKAH PEGANGAN KETUA PERHUBUNGAN NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN , SDR ZAINUR ZAKARIA?

Apa sebenarnya berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur? Siapa sebenarnya kepimpinan Kuala Lumpur sekarang ini dan apakah sebenarnya politik melanggari perjuangan. Apa sebenarnya pegangan Sdr Zainur Zakaria dalam hal ini? Entah la. Komentar terfikir sendirian mengenai perkara-perkara ini. 

Komentar terus berfikir...............