JANGAN PECAH RUMAH; UTAMAKAN DIALOG BAGI MENYELESAIKAN MASALAH PERUMAHAN KAMI
 
Sejak bulan Mei 2000, kami telah menghantar beberapa surat kepada KTMB, 
Ipoh 
dan juga Ibu Pejabat KTMB bagi mendapatkan tarikh temujanji untuk 
berbincang 
masalah perumahan kami. YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Tajol Rosli 
telah 
mengambil berat masalah kami dan telah memberi jaminan bahawa kami 
tidak 
akan diusir keluar sehingga kami diberi tanah alternatif.
 
Namun pihak KTMB telah masuk ke kawasan kampung kami tiga kali dan 
tetap 
meroboh beberapa buah rumah dan kuarters. Bila dijumpa, En Nordin dan 
En 
Subra dari KTMB Ipoh telah mengatakan bahawa Ibu Pejabat KTMBlah yang 
bertanggungjawab penuh atas projek yang dirancang di kawasan kediaman 
kami 
dan bahawa segala arahan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat KTMB.
 
1. LATARBELAKANG
 
i. Kami adalah pekerja KTM yang telah bersara ataupun isteri dan anak
bekas pekerja KTM. Kami telah mendirikan rumah papan di kawasan KTM Jln
Spooner dengan keizinan pihak KTM dan sedang tinggal di sini selama
antara 20 dan 60 tahun.
 
ii. Dalam bulan Mei tahun ini, kami menerima notis daripada Pejabat
Tanah Ipoh yang memberi kami tiga minggu untuk berpindah 
daripadakawasan 
ini.
 
iii. Sebagai golongan bergaji rendah yang telah berkorban beberapa 
dekad
untuk membangunkan sistem keretapi di Malaysia, kami telah membawa
masalah kami ke perhatian YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Tajol
Rosli. Jika dihalau keluar daripada kawasan ini kami tidak ada 
rumahlain.
 
iv. Dato Seri Tajol Rosli telah mengumumkan bahawa kami akan ditawarkan
lot perumahan dan memberi jaminan bahawa kami tidak akan diusir keluar
dari kawasan kediaman kami sehingga masalah perumahan kami
diselesaikan.(lampiran). Beliau juga telah melantik Datuk Rajoo, wakil
EXCO Negeri Perak untuk menguruskan hal perumahan kami.
 
v. Sejak bulan Mei kami telah berjumpa Datuk Rajoo beberapa kali untuk
berbincang masalah kami. Datuk Rajoo telah memberi komitmen bahawa dia
akan berhubung dengan pejabat tanah dan juga dapatkan tarikh temujanji
dengan YAB Menteri Besar. Seperti diminta olehnya, kami telah 
memberinya
satu senarai nama penduduk yang ingin memohon lot pada bulan Ogos 2000.
 
vi. Selain dari usaha-usaha ini, kami juga telah menghantar empat surat
surat kepada tuan sendiri untuk mendapatkan tarikh temujanji untuk
mengadakan perbincangan.
2. KTM MASUK PECAH RUMAH TANPA MENGAMBILKIRA PERMINTAAN KAMI UNTUK 
BERDIALOG 
DAN TANPA MENGHIRAUKAN BAHAYA TERHADAP NYAWA KAMI
 
Perobohan kali pertama
i. Pada 22 September 2000, tiba-tiba KTMB telah menghantar kontraktor 
untuk 
meroboh rumah kuarters di Jalan Spooner. Walaupun kami telah berjumpa 
dengan 
En Nordin dari KTM pada 18 September 2000 untuk memberinya surat 
menuntut 
supaya pihak KTM mengadakan perbincangan dengan kami sebelum mengambil 
sebarang tindakan, namun pihak KTM tidak memberitahu kami dan terus 
masuk 
pecah satu blok kuarters.
 
ii. Berhubung dengan perkara ini, En Nordin telah mengadakan 
perbincangan 
dengan kami di pejabatnya pada 29 September 2000. Dalam perbincangan 
itu, 
kami telah memberitahu En Nordin bahawa kami tidak ada halangan 
terhadap 
perobohan rumah kuarters kecuali rumah kuarters yang berbumbung 
asbestos. 
Kami telah memberinya satu salinan panduan perobohan rumah berbumbung 
asbestos yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kesihatan Perak, yang memberi penjelasan bahawa jika 
peraturan-peraturan  
keselamatan penduduk di kawasan berhampiran akan terdedah kepada habuk 
asbestos yang mengakibatkan penyakit-penyakit seperti kanser. En Nordin 
telah setuju untuk hanya teruskan perobohan rumah kuarters yang tidak 
berbumbung asbestos. Perobohan kali kedua dan pendedahan kepada debu 
asbestos
 
i Tiba-tiba tanpa sebarang notis, pada 28 Oktober 2000, kontraktor KTM 
telah 
masuk dan meroboh dua blok kuarters yang berbumbung asbestos. Apa yang 
mengejutkan dan merisaukan kami adalah bahawa segala 
peraturan-peraturan 
keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Perak telah 
dilanggar. 
Perobohan asbestos telah berlaku seperti
perobohan bahan lain, dengan hanya menggunakan bulldozer. Kontraktor 
KTM 
tidak pedulikan keselamatan penduduk dan kanak-kanak yang bermain 
berhampiran ataupun mereka yang berlalu-lintas di Jalan Spooner.
 
ii. Pada masa yang sama, hampir 20 orang kakitangan KTM dan Pejabat 
Tanah 
telah cuba meroboh 3 buah rumah papan. Penduduk rumah-rumah ini dapat 
menghentikan perobohan ini tetapi mereka diberi amaran dan notis mulut 
untuk 
keluar dalam 3 hari.
 
iii. Pada 30/10/2000, kami telah pergi ke Pejabat Tanah untuk berjumpa 
ADO 
dan ke Pejabat Menteri Besar. Kami telah menyerahkan surat untuk mereka 
dan 
telah minta tarikh temujanji untuk berbincang masalah kami.
 
Perobohan kali ketiga – se orang tua cedera
 
i. Pada 31/10/2000, pukul 10 pagi 3 orang penduduk telah berjumpa 
dengan 
Datuk Rajoo yang telah meyakinkan kami bahawa hanya rumah kuarters akan 
diroboh. Akan tetapi pada 11 pagi, pihak KTMB telah masuk dan dengan 
bantuan 
hampir 50 orang – dari KTMB, Pejabat Tanah, Majlis Bandaraya Ipoh dan 
polis 
berjaya meroboh 2 buah rumah papan. Kami telah cuba sedaya upaya untuk 
menghentikan mereka dan mengadakan dialog. Seorang penduduk tua telah 
cedera 
apabila dua batang kayu rumah jatuh ke atas
kepalanya semasa meroboh.
 
3. KTMB MENGELAKKAN DIALOG DAN MEMILIH JALAN KERAS
 
Kami rasa amat khuatir dan kecewa kerana KTMB
 
i. tidak menghormati proses perundingan untuk menyelesaikan masalah dan 
jelas tidak mengutamakan dialog
 
ii. memungkiri janjinya bahawa rumah papan tidak akan diroboh
 
iii. tidak menghargai nyawa kami dengan mendedahkan kami kepada debu 
asbestos yang membawa risiko kanser
 
iv. tidak mengambilkira kebajikan bekas pekerja dalam rancangan untuk 
membina dual track system
 
v. tidak menghormati janji YAB Menteri Besar Perak supaya hentikan 
segala 
pengusiran sehingga kami diberi tempat alternatif
 
 
4.        TUNTUTAN  KAMI
 
i.         Segala pengusiran paksa dihentikan
ii.         Bumbung asbestos yang sudah dipecah dibawa keluar dengan segera 
dengan 
mematuhi panduan Jabatan Kesihatan Negeri Perak bagi mengelakkan 
tambahnya 
kesan buruk kepada kesihatan kami
iii.     Pihak KTMB mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Perak 
untuk 
mempercepatkan proses penempatan semula
 
 
Yang benar
 
(JASBEER SINGH A/L     (S. RAMACHANDRAN)CHARAN SINGH)
 
(LECHUMI A/P SINNASAMY)   (CHANDRAN A/L DORAISAMY)
(GUNALAN A/L SAMINATHAN)  (DALBEER SINGH A/L JAK SINGH)
(RANJIT KAUR)     (V. POOVADI)