KENYATAAN AKHBAR MENGENAI PENANGKAPAN
DIBAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI (AKDN) 1960

 

Pada 10 dan 11 APR 2001 pihak polis telah menangkap dan menahan 7 orang aktivis reformasi di bawah Sek. 73(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (AKDN) 1960. Mereka yang ditangkap dan ditahan adalah :-

1.1 Mohamad Ezam bin Mohd Nor - 34 tahun

1.2 Chua Tian Chang - 37 tahun

1.3 Nisamuddin bin md Rais atau Hishammuddin Rais - 50 tahun

1.4 Saari bin Sungip - 43 tahun

1.5 Gobalankrisnan A/L Nagapan - 41 tahun

1.6 Raja Petra Raja Kamaruddin - 49 tahun dan

1.7 Abdul Ghani bin Haroon - 39 tahun

2. Tangkapan dan penahanan ini dilakukan keranan terdapat maklumat-maklumat mengenai penglibatan mereka dalam kegiatan yang boleh memudaratkan keselamatan negara. Pihak polis perlu menjalankan siasatan yang rapi di atas maklumat-maklumat tersebut. Kegiatan reformasi yang bermula pada bulan Sep 1998 merancang untuk menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bersiap-sedia untuk bertindak secara militan dengan mengambil beberapa pendekatan seperti berikut:-

2.1 Telah melaksanakan langkah-langkah tertentu untuk mendapatkan bahan letupan termasuk bom dan grenade launcher:-

2.2 Menggunakan "molotov cocktail", "ball bearing" serta berbagai-bagai senjata berbahaya untuk menyerang pihak keselamatan bagi menimbulkan keadaan hura-hara semasa demonstrasi jalanan di sekitar Kuala Lumpur pada bulan OKT 1998 dan

2.3 Mendapatkan bantuan dan sokongan guru-guru silat serta mempengaruhi sebilangan bekas pegawai dan anggota keselamatan supaya menyertai gerakan mereka.

3. Bagi membendung trend militan gerakan reformasi tersebut maka pihak polis telah mengambil tindakan ke atas 28 orang aktivis reformasi di bawah Sek 73 (1) AKDN 1960 antara 20 Sep 98 hingga Dis 98. Tindakan -tindakan pihak polis tersebut telah dapat meredakan keadaan buat sementara waktu.

4. Pada pertengahan tahun 1999, aktiviti gerakan reformasi muncul kembali dengan berselindung di sebalik platform sebuah parti politik di mana sebilangan daripada mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan yang boleh mewujudkan ketegangan kaum melalui isu-isu agama dan perkauman. Ini termasuk penyebaran berita-berita palsu yang menggemparkan seperti dakwaan bahawa ramai orang Melayu telah di Kristiankan semasa Pilihanraya Kecil Lunas. Ciri-ciri militan semasa Pilihanraya Kecil itu juga dilakukan oleh aktivis reformasi melalui perbuatan ganas dengan mengancam, mengugut dan menakut-nakutkan para pengundi serta orang ramai.

5. Pada Akhir tahun 2000 aktivis reformasi telah membuat ketetapan untuk menggunakan du pendekatan berikut bagi mencapai matlamat mereka :-

5.1 Akan terus melibatkan diri dalam proses demokrasi yang normal serta sistem pilihanraya : dan

5.2 Melalui cara-cara di luar perlembagaan dengan mencetuskan demonstrasi jalanan secara besar-besaran dan bercorak militan menjelang Pilihanraya UMUM 2004.

6. Kearah merealisasikan perancangan tersebut, satu kumpulan sulit yang dianggotai oleh lebih kurang 20 orang aktivis reformasi telah wujud di KUALA LUMPUR. Sejak 6 Jan 2001 hingga 4 Apr 2001, sebanyak 12 perjumpaan sulit telah diadakan oleh kumpulan ini bagi merancang untuk mempengaruhi rakyat membudayakan demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram secara militan. Antara perancangan terpenting gerakan reformasi dalam masa terdekat ini adalah untuk menganjurkan demonstrasi jalanan yang dipanggil Black 14 secara besar-besaran di Kuala Lumpur pada 14 April 2001. Bagi mengelirukan pihak keselamatan, perhimpunan tersebut dipanggil "Perhimpunan Penyerahan Memorandum Rakyat Mengenai Hak Asasi Manusia" dimana mereka merancang untuk mengumpulkan seramai lebih kurang 50,000 orang yang akan berhimpun disekitar Kuala Lumpur. Perhimpunan serta perarakan ini berpontensi menjadi rusuhan.

7. Adalah jelas aktivis reformasi sanggup melakasanakan kegiatan-kegiatan di luar perlembagaan dan undang-undang demi mencapai matlamat mereka. Oleh yang demikian di bawah Sek 73(1) AKDN 1960 diambil kerana pihak polis mempercayaai ada alasan-alasan untuk menahan mereka dibawah Sek 8 AKDN 1960 kerana telah bertindak dengan cara yang memudaratkan keselamatan negara.

Tarikh 11 APR 2001