UTUSAN DAN NEW STRAITS TIMES MELAPURKAN KAIN RENTANG UMNO DIKOYAK

 

KOMENTAR (email dari MELAYU)

10.05.2000

 

Pemuda UMNO telah membuat satu lapuran polis terhadap kain rentang mereka yang telah dikoyak pada 9.05.2000. Komentar dilapurkan beberapa tuduhan dibuat oleh ahli-ahli UMNO yang menyalahkan ahli Barisan Alternatif atas perkara ini. Walaubagaimana pun Komentar menegaskan bahawa kita golongan reformis yang mendokong keadilan TIDAK MELAKUKAN perkara sedemikian. Keadilan yang kita junjung menuntut kita memberi peluang kepada mereka dari golongan UMNO untuk bersidang tanpa gangguan, kerana itu adalah HAK MEREKA . Kita juga menuntut agar apabila kita bersidang atau mengadakan perhimpunan aman kita tidak diganggu kerana itu juga hak kita . Ini adalah kebebasan yang diertikatakan dalam negara yang mendokong demokrasi secara matang dalam sistem kepemerintahan nya.

 

Dalam kita menuntut keadilan, kita harus juga menunjukkan sikap tolenransi yang tinggi. Kita tidak akan menganggu perhimpunan mereka jesteru itu ini mungkin memberi sedikit kesedaran kepada mereka agar hak kita tidak diperlekehkan. Parti Pembangkang mendokong nilai-nilai demokrasi dalam negara ini. UMNO perlu mendidik budaya sihat dikalangan ahli-ahlinya supaya tidak senantiasa memandang pembangkang sebagai ajen subversif tetapi juga sebagai mereka yang mahukan perpaduan, pembangunan dan kejayaan buat negara yang dicintai.

 

 

Ikhlas

MELAYU