TEKTIK KOTOR BN DISANGGANG

Ulasan Komentar

Berikutan pendedahan dari Laman Mahazalim

24/3/2000 (salinan scan surat ini diambil dari Laman Mahazalim)

KLIK UNTUK MELIHAT SALINAN SURAT TERSEBUT

 

Tidak dapat dinafikan lagi jentera paling kuat Barisan Nasional adalah kewangan. Dengan menggunakan wang Barisan Nasional cuba mengaut kekuatan dan memancing undi. Teknik ini dilaksanakan dan setakat ini ia merupakan teknik paling berkesan. Apa yang kita perlu sedar ialah wang yang digunakan bukanlah wang dari perolehan gaji Adnan Yaakob tetapi wang yang digunakan adalah wang hasil rompakkan kemewahan yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat. Barisan Nasional bukan hanya menggunakan kewangan parti untuk tujuan memancing undi tetapi menggunakan kerajaan tempatan yang hasilnya dikaut dari pembayaran cukai tanah, rumah dan lain~lain. Kemewahan yang sepatutnya dikembalikan kepada rakyat dijaja untuk mengaburi mata rakyat untuk terus mendapat sokongan.  Rakyat Pahang seharusnya sedar bahawa kekayaan negeri Pahang boleh dimiliki bersama oleh rakyat sekiranya kepimpinan tidak tamat,lapar dan tidak habis-habis mencari kekayaan peribadi. Dr Mahazalim sendiri pernah menulis dalam bukunya Malayan Delima bahawa kemiskinan adalah kerana kemampuan melebihi kehendak tetapi Dr Mahazalim tidak pula mendefinisikan ketamakkan adalah apabila kehendak yang tidak terbatas. Ketamakan yang berlaku ini secara tidak lansung atau langsung menzalimi rakyat. Penderitaan mereka adalah peluang Barisan Nasional untuk menentukkan kemenangan yang setelah itu terus menerus merompak apa yang sepatutnya dikembalikan kepada rakyat. Ini lah senario sekarang ini, inilah yang menjadikan budaya Barisan Nasional buruk dan yang lebih memburukkan adalah menolak kepentingan rakyat dan mengutamakan kepenting peribadi. Budaya ini harus ditolak dan seharusnya peluang diberi kepada Barisan Alternatif untuk membuktikan apa yang dilaungkan mereka. Rakyat Sanggang seharusnya bertindak meminta perubahan dan perubahan itu hanya dapat apabila BARISAN NASIONAL atau UMNO ditolak dari kepimpinan sekarang ini. Usahakan pembaharuan. Barisan Nasional sudah nampak kepincangan dalam memerintah. Kita uba dan kita tuntut keadilan dan REFORMASI.

 

Komentar