Lagi Anggota Konspirator Dapat Habuan

 

TAUKE judi, Tengku Adnan Mansor pula mendapat habuan. Selepas berjaya mengalahkan BN di Lunas, dia akan dilantik menjadi Senator dalam sehari dua lagi. Heboh di kalangan orang-orang Umno marahkan Tengku Adnan kerana “tidak membelanjakan wang” pilihan raya secara betul.

 

Dia sapu lebih dari yang dia taburkan. Bukan duit dia tetapi duit BN yang diserahkan oleh Khalil Yaakob, SUA Umno kepadanya. Tengku Adnan dikatakan bergaduh dengan Syed Razak hingga Syed Razak terpaksa mengadu kepada PM, Dr. Mahathir Mohamad. Mungkin lepas ini Dr. Mahathir pecat Tengku Adnan dari jawatan Setiausaha Eksekutif Umno Malaysia.

Habuan ini bukan kerana kerjanya “memalukan TPM Dollah Badawi” di Lunas tetapi merupakan habuan kerana membiayai kos penerbitan buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM  tulisan Khalid Jafri.

 

Selepas Aziz Shamsuddin dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Pendidikan, Hamzah Zainuddin dilantik menjadi Senator dan Pengerusi FELCRA, Tun Daim dilantik semula menjadi Menteri Kewangan, kini sampailah giliran Tengku Adnan.

 

Ingat! Seluruh umat Melayu yang beragama Islam jangan maafkan Tengku Adnan. Perbuatannya lempar batu sembunyi tangan mestilah dibalas dengan cara itu juga. Khabarnya dia akan bertanding dalam pilihan raya akan datang di Titiwangsa. Kalahkan dia.

 

Dia nampaknya sudah mula menghancurkan Umno Wilayah Persekutuan. Kita sama-sama tengok sejauh mana langkahnya. Khalil Yaakob berjaya diperbodohkan dan khabarnya Dr. Mahathir cukup mempercayainya sekarang walaupun ada banyak orang komplen mengenainya.

Biarkan dia terjun dengan labu-labunya. Biarkan dia jahanamkan Umno Wilayah Persekutuan. Tetapi dosanya terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim jangan dimaafkan. Ingat, dia salah seorang anggota Konspirator menjatuhkan pemimpin yang kita kasihi, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

 

UN