Konspirasi Lagi ! Maha Zalim menghantar budak suruhannya Abdul Aziz Sheikh Fadzil untuk bersandiwara.

 

Kali ini Suqui menjadi mangsa……kerana pengaruh Melayu kepada Maha Zalim hampir pupus.

 

 

4/8/00              Kes Saudara Anwar ditangguh. Tian Chua dan Malik Hussin ditahan dan dibelasah.

 

8/8/00              Saudara Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman 9 tahun. Tenggelam Sistem Kehakiman Malaysia !

 

12/8/00            Rakyat berdemonstrasi membantah kezaliman.

 

14/8/00            Kepala Berita Utusan Meloya : Cadangan perwakilan Cina dalam

Mapen II jika mahu maju, bersaing Hapus hak istimewa Melayu !

 

15/8/00            Kepala Berita Utusan Meloya :             Abdullah : Sudah dipersetujui oleh

kerajaan yang mewakili semua kaum Jangan pertikai hak Melayu

 

16/8/00            Kepala Berita Utusan Meloya :             Ungku Aziz mahu kesudahan

diperbaiki, bukan dikurangkan keistimewaan Melayu masih lemah

 

Suqiu menyambut ulangtahun pertama dan melancarkan laman web www.suqiu.org, dihadiri antara lain, saudara Subky Latif. Tiada mana-mana rayuan spesifik ditekankan. Cuma kek harijadi dimakan.

 

17/8/00            Kepala Berita Utusan Meloya : Termasuk mansuhkan status

bumiputera dan bukan bumiputera; batal Sekolah Wawasan

 

Persatuan Cina Ulangi 17 Tuntutan !

Para politikus dan kroni UMNO membidas Suqiu kononnya Suqiu telah mempersoalkan hak keistimewaan Melayu.

 

500 budak UMNO di bawah 17 persatuan pergi menghadap Mahathir di Mahligainya di Putra Jaya, melaung-laungkan slogan hidup Melayu, menyeru orang Melayu supaya bersatu di bawah UMNO.

 

18/8/00            Kepala Berita Utusan Meloya :             PM : Hak Melayu dipertahan !

Abdul Aziz yang pernah membidas Musa Hitam dan Suhakam mengetuai 200 orang budak Pemuda UMNO menghantar memorandom menuntut Suqiu meminta maaf kepada umat Melayu dan Muslim. Budak-budak ini memaki-hamun Suqiu dan orang Cina, bersikap lucah, menunjukkan poster rasis dan memfitnah BA seperti

“ Pas ! Jangan menjadi musang berbulu ayam. “

 

 

Matlamat mereka :

1.      Menakutkan orang Melayu supaya balik ke pangkuan Maha Zalim !

2.      Menakutkan orang Cina supaya tunduk kepada UMNO !

3.      Menimbulkan ketidakstabilan politik supaya menakutkan semua rakyat !

4.      Mendapat alasan untuk menahan pemimpin-pemimpin NGOs dan Barisan Alternatif jika isu ini terus dipermainkan !

 

Adakah kita akan terus dianiayai oleh Pemuda UMNO dan membenarkan mereka bersandiwara dengan media seperti Utusan Malaysia ?

 

 

 

Apa Itu Suqiu ?   Suqiu (berbunyi “Su-Chiu”) bererti “Rayuan” dalam bahasa Cina.

 

Rayuan Pilihanraya Persatuan2 Cina M’sia (Suqiu) merupakan koleksi suarahati komuniti Cina yang dikemukakan pada 16/8/99 kepada “semua parti politik dan kerajaan baru yang bakal dihasilkan dalam pilihanraya ke-10”. Suqiu telah ditandatangani oleh 2095 pertubuhan diseluruh negara termasuk NGO pelbagai kaum seperti Suaram.

 

Suqiu terdiri daripada 17 agenda, 83 poin : (1)  perpaduan nasional,  (2)  pengukuhan demokrasi berparlimen,  (3)  hak asasi dan penegakan keadilan,  (4)  penghapusan rasuah,  (5)  dasar ekonomi yang adil,  (6)  pengkajian semula dasar penswastaan,  (7)  dasar pendidikan yang terbuka, liberal dan progresif,  (8)  multiculturalism,  (9)  perlindungan alam sekitar,  (10)  pembangunan kampung baru,  (11)  hak perumahan untuk semua,  (12)  hak asasi wanita,  (13)  Media yang adil,  (14)  profesionalisme polis,  (15)  kebajikan sosial,  (16)  hak pekerja serta  (17)  hak orang asli.

 

Suqiu tidak terhad kepada isu2 yang melibatkan orang Cina sahaja seperti pendidikan bahasa Cina atau kampung baru, tetapi sebaliknya bersifat nasional dan progresif.

 

 

Kesignifikanan Suqiu  Suqiu kurang disenangi oleh Parti-parti BN sama ada UMNO, MCA dan sebagainya kerana :

1.      Suqiu tidak mengagungkan BN, tidak memperdagangkan undi Cina kepada BN seperti mana diharapkan, tidak membuat andaian bahawa BN pasti akan membentuk kerajaan baru. Sebaliknya, ia mengambil sikap terbuka terhadap semua parti politik.

2.      Suqiu tidak berorientasikan kepentingan Cina. Berbeza dengan golongan Cina yang konservatif dan pro-BN, Suqiu melihat perkembangan politik tanahair dengan perspektif nasional, ia menuntut reformasi politik, pemansuhan ISA & pemindaan undang-undang lain yang menyekat kebebasan rakyat, menuntut kebebasan sistem kehakiman dan media, menolak rasuah & penyalahgunaan kuasa & sebaliknya. Suqiu tidak memihak kepada BN atau BA, ia telah menggalakkan budaya politik yang positif & rasional di komuniti Cina.

 

Suqiu telah cuba diperkecil-kecilkan di komuniti Cina oleh segelintir golongan pro-UMNA. Mereka cuba menuduh bahawa Suqiu bersikap menekan & akan menaikkan kemarahan orang Melayu yang dikatakan diwakili oleh UMNO. Apabila usaha ini gagal, mereka cuba pula menimbulkan isu TPM Cina. Akan tetapi, Suqiu mengambil sikap yang rasional, menyatakan bahawa apa yang relevan bukanlah keturunan PM atau TPM tetapi apa polisi yang dilaksanakan. BN terpaksa menerima Suqiu pada dasarnya. Pada 23/9/99. Menteri-menteri MCA, Gerakan dan SUPP telah mewakili Kabinet menerima Suqiu secara rasminya. BA juga menerima Suqiu setelah berdialog dengan Jawatankuasa Suqiu.

 

Tidak mana-mana pihak yang menyatakan bahawa Suqiu itu mengancam hak orang Melayu.

 

 

Keprihatina Suqiu  Selepas pilihanraya, Suqiu terus aktif dalam mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung dengan isu-isu semasa dan menggerakkan kerja lobbi. Antara isu-isu dan pendirian dalam kenyataan akhbarnya ialah :

 

31/12/99          membantah sekatan Kerajaan ke atas jualan Harakah (Bahasa Cina)

15/01/00          membantah penahanan 4 pemimpin BA di bawah Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan serta OSA. (BC)

02/05/00          menegakkan kebebasan kewartawanan dan menuntut penggubalan Akta Kebebasan Informasi (Rayuan Suqiu 3.6) sempena sambutan Hari Kebebasan Kewartawanan Sedunia pada 03/05/00. (BM,BI,BC)

09/05/00          menuntut kebebasan bersuara yang sama untuk semua dalam membela 24 pemimpin Pas yang dilarang berucap di masjid, surau dan bangunan kerajaan yang lain. (BM,BI,BC)

06/06/00          menggesa Kerajaan BN megambil tiga langkah mengenai Wabak Nipah : pampasan berpatutan untuk penternak, bantuan kebajikan untuk keluarga mangsa, pemulihan industri penternakan khinzir. (BM,BI,BC)

20/06/00          menegaskan tindakan Afirmatif & Akta Hubungan Kaum lebih relevan dari keturunan PM apabila PM memainkan isu PM bukan Melayu (BM,BI,BC)

23/06/00          menyeru Rais Yatim supaya berdiri tegak atas pendirian tentang isu Ketua Hakim dan membantah cadangan bayaran jam dalam perbicaraan kes sivil (BM,BI,BC)

24/07/00          berhubungan bantahan perataan Perkuburan Sungai Besi, memuji Menteri Kerjaraya Sammy Vellu yang membangkitkannya dalam Kabinet serta 10 orang MP (7 BA, 3 BN) yang prihatin termasuk Datin Seri Dr. Wan Azizah dan Dr. Syed Azman Syed Ahmad. (BI dan BC)

04/08/00          menegaskan bahawa hak untuk berhimpun bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan harus dipelihara Polis & Suhakam. (BM,BI,BC)

12/08/00          menyeru Kerajaan mendukung multiculturalism untuk meyakinkan rakyat bahawa projek Sekolah Wawasan tidak akan menghakis pendidikan bahasa ibunda (BC)

 

 

Sandiwara lagi ?

§         Apakah Suqiu bersikap kecinaan ?

§         Apakah Suqiu pernah mempertikaikan Hak Keistimewaan Melayu ? Mengancam hak orang Melayu ?

§         Mengapa selain Malaysiakini, kita tidak pernah membaca kenyataan Suqiu ?

§         Mengapa Utusan Malaysia tiba-tiba begitu mengambilberat tentang Suqiu pada 16/08/00 ini apabila Suqiu meraikan ulangtahunnya ?

§         Apakah ini satu lagi sandiwara UMNO ?

§         Apakah orang Melayu akan percaya kepada budak UMNO dan menyerahkan diri semula kepada UMNO kerana kita begitu lemah dan memerlukan perlindungan UMNO ?

 

 

JawatanKuasa  Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan  Cina Malaysia (Suqiu) 16/08/99

 

D/a       Dewan Perhimpunan Cina Selangor, 1, Jalan Maharajalela, 50510 Kuala Lumpur.

 

 

Kenyataan Akhbar

 

Aspirasi Rayuan Suqiu Munasabah, Tidak Mempersoalkan Keistimewaan Melayu

 

Tarikh : 18 Ogos 2000

 

Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Persatuan-persatuan Cina Malaysia (Suqiu) menyambut dengan hati yang terbuka kedatangan rombongan Pemuda UMNO yang datang memberikan memorandum. Kami merasa dukacita kerana Pemuda UMNO menolak beberapa kali jemputan kami untuk berdialog.

 

Kami percaya respons Pemuda UMNO adalah disebabkan oleh salah faham dan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu. Oleh kerana Pemuda UMNO khasnya dan orang awam amnya belum membaca teks lengkap Rayuan Siqiu, kami akan mengiklankan teks lengkap Rayuan Siqiu di Utusan Malaysia.

 

Kami percaya sesiapa yang telah membaca Rayuan Siqiu akan mengetahui bahawa Rayuan Siqiu langsung tidak menyentuh dan mempersoalkan hak keistimewaan Melayu sepertimana yang dijamin oleh Perlembagaan. Rayuan Siqiu merangkumi 17 agenda, yakni  (1)  perpaduan nasional,  (2)  pengukuhan demokrasi berparlimen,  (3)  hak asasi dan penegakan keadilan,  (4)  penghapusan rasuah,  (5)  dasar ekonomi yang adil,  (6)  pengkajian semula dasar penswastaan,  (7)  dasar pendidikan yang terbuka, liberal dan progresif,  (8)  multiculturalism,  (9)  perlindungan alam sekitar,  (10)  pembangunan kampung baru,  (11)  hak perumahan untuk semua,  (12)  hak asasi wanita,  (13)  Media yang adil,  (14)  profesionalisme polis,  (15)  kebajikan sosial,  (16)  hak pekerja serta  (17)  hak orang asli.

 

Jawapan saudara Ser Choon Ing, Setiausaha Suqiu apabila ditanya pemberita Utusan Malaysia pada 16 Ogos 2000 adalah berkenaan dengan Dasar Affirmative Action, rayuan 2.2 yang berbunyi :

 

Tindakan Afirmatif (Affirmative Action) harus bertujuan untuk memberi perlindungan dan peningkatan kepada golongan masyarakat yang lemah, tanpa mengira kepercayaan agama, latar belakang sosial dan kaum.

 

Kandungan Rayuan Suqiu telah diterima oleh Kabinet melalui menteri-menteri MCA, Gerakan dan SUPP yakni Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik, Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik dan Datuk Law Heing Ding (Berita Harian 23/09/99  “Kabinet terima petisyen kaum Cina” ; NST 24/09/99,  “Three BN components accept Hua Tuan appeal”). Ingin dinyatakan di sini bahawa menekankan mana-mana daripada 83 poinnya pada 16 Ogos baru-baru ini. Kami cuma mengadakan majlis ulangtahun pertama dan pelancaran laman jaring www.suqiu.org.

 

Kami berharap parti-parti politik, media dan semua pihak lain tidak memanipulasikan isu ini dan menjejaskan perpaduan nasional. Kami akan mengiklankan di Utusan Malaysia teks lengkap Rayuan Suqiu untuk dikaji oleh semua rakyat Malaysia.

 

Kami berterima kasih atas kerjasama dan profesionalisme pihak polis dalam menjaga keadaan semasa penyerahan Memorandum oleh Pemuda UMNO.

 

Jawatankuasa Suqiu.