KOMENTAR

PROGRAM BA SUBANG JAYA DI TOLAK OLEH keADILan Subang Jaya

Salam Reformasi

15.01.01

 

Beberapa hari sebelum 13hb Januari 2001 Laman Komentar telah mempamerkan satu program Hari Raya BA yang di hantarkan kepada kami anjuran PAS Subang Jaya. Email tersebut telah menyiapkan satu "banner" kecil untuk promosi program tersebut.

 

Berikut di pamerkan "BANNER" tersebut semula :-

 

Komentar menghargai initiatif pengirim lalu mempamerkan "banner" ini di muka 1 mengambilalih sementara "slot perhimpunan raya 100,000". Sungguhpun begitu Laman Komentar terkejut dengan satu kenyataan dari Laman Web Pemuda keADILan yang telah melapurkan perkara sedemikian :-

 


 

PENGUMUMAN PENTING: keADILan SUBANG TIDAK TERLIBAT DALAM SAMBUTAN AIDILFITRI BA SUBANG

keADILan bahagian Subang tidak terlibat secara langsung mahupun secara tidak
langsung dengan Majlis Sambutan Hari Raya Barisan Alternatif Subang Jaya yang
akan diadakan pada Sabtu, 13 Januari 2001 di alamat 41, USJ 5/1H, Subang Jaya.
Oleh itu, keADILan bahagian Subang tidak akan bertanggungjawab atas penganjuran ataupun perjalanan majlis sambutan tersebut.
Harap Maklum.

-keADILan Bahagian Subang- 


Webmaster Pemuda KeADILan

 


Bagi mengelakkan sebarang komplikasi atau makluman program yang tidak tepat atau palsu, Komentar telah membuat sedikit penyiasatan mengenai Program BA di Subang Jaya tersebut pada 13hb Januari 2001. Kami dimaklumkan bahawa program tersebut SAH dan terdapat kehadiran Ahli Majlis Tertinggi Parti Alternatif. Antara yang hadir selain dari kepimpinan PAS adalah Presiden PRM, YB Teng Chang Kim dari DAP, Sdr Ronnie, YB Saifuddin Nasution, Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Azmin Ali  dan Nurul Izzah. Bagi menjelaskan perkara tersebut Komentar telah menyemak email tersebut kerana takut ianya satu pemalsuan tetapi ianya jelas dari Web Master Pemuda keADILan dan ianya makluman dari keADILan Subang. Email tersebut juga telah di hantar ke berpuluh-puluh penerima termasuk beberapa e-groups. Setakat ini Pengurus Laman Komentar agak keliru tujuan email diatas. Beberapa perkara negatif di fikirkan tetapi ianya hanya untuk polimik minda Pengurus Laman Komentar sahaja. Komentar juga mendapati email ini di pamerkan juga di Laman Pemantau.

 

Pengurus Laman juga mendapati pagi tadi email tersebut terselit dalam puluhan email yang di terima oleh Komentar. Dengan penjelasan ini di harap pelayar Laman Komentar tidak menganggap yang Laman ini memalsukan sebarang program kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa. Sekiranya ada kesilapan ia-pun tidak di sengajakan. Komentar akan segera membetulkan sekiranya sesuatu program itu mempunyai kesilapan.

 

Bagaimanapun tujuan email tersebut dalam mengatakan bahawa keADILan Subang tidak bertanggung jawab baik secara langsung atau tidak langsung terhadap program BA itu tidak kami ketahui.

 

SEKIAN