DARI WEB MASTER KOMENTAR

Komentar 8/4/2000

 

Salam Reformasi,

 

Sebelum memulakan penulisan izinkan Komentar menyeru kepada semua pendokong reformasi yang cintakan keadilan dan kebenaran dan mahukan pembelaan nasib nasib Sdr Anwar Ibrahim HADIR pada 15hb April 2000 DEMI MENYEMPURNAKAN AGENDA BLACK 14. Komentar telah beberapa kali menegaskan bahawa agenda yang penting dihadapan kita sekarang ini adalah AGENDA BLACK 14. Sungguhpun banyak isu-isu dalaman parti yang berkehendakan pembetulan tetapi AGENDA UTAMA THE BLACK 14 mesti diteruskan tanpa sekatan. Demi itulah beberapa email dari kepimpinan parti seperti email Marina Yussoff tidak dijawab sekarang. Hal dalaman Parti akan dibentang setelah tamat agenda THE BLACK 14, itupun sekiranya ALLAH mengizinkan. Sedang kita sebok mengusahakan agar THE BLACK 14 terlaksana Komentar dikejutkan dengan satu tulisan yang menghina bukan sahaja Komentar malah Laman Sensasi Mahazalim dalam forum Komentar. BENAR, Laman Mahazalim dan Komentar mempunyai perhubungan tetapi perhubungannya setakat menentukkan kemenangan perjuangan REFORMASI dan pembebasan Anwar Ibrahim. Selain dari itu Komentar menuntut keadilan dalam keADILan itu sendiri dan ini tidak didokong atau disokong oleh mana-mana Web Master. Kritikan kritikan Komentar terhadap kepimpinan yang sudah nampak menyimpang tidak terdorong oleh mana-mana Web Master atau kepimpinan parti. Ia hasil atas dasar initiatif Komentar yang mahukan Aprti Keadilan Nasional lebih bersedia untuk menghadapi pilihanraya ke 11 nanti. Untuk maklumat penulis forum yang mengambil nama pena GERAM, antara kami Web Master TIDAK MENGENALI SATU SAMA LAIN. Setiap Laman mempunyai kelebihan masing-masing dan kalangan Web Master juga mempunyai pendekatan berbeza dalam menangani sesuatu isu penulisan dan “posting”. Komentar sedikit pun tidak berkecil hati tentang komen tersebut malah Komentar membacanya berkali-kali untuk memahami isi kandungan posting tersebut dan cuba membuat beberapa “calculative evaluation” sebelum menulis artikel ini.

Sungguhpun begitu jawapan menyeluruh Komentar akan Komentar sediakan sebaik sahaja kita menentukan kejayaan THE BLACK 14.

Apa pun boleh disimpulkan bahawa penulis forum itu nampak tertekan lantas memaki hamun Laman ini. Tidak mengapa BERANI KERANA BENAR.

Komentar berjanji akan membalas tulisan GERAM tersebut sebaiksahaja AGENDA ASAL kita tidak dikompromikan.

 

SEKIAN

KOMENTAR