KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

27.06.2000

Salam Reformasi

 

 

 

 


                           KRISIS MARINA DAN CHANDRA           

 

 

 

 

 

Lapuran Malaysia Kini hari ini mendedahkan krisis yang genting antara Bekas Naib Presiden keADILan  Pn.Marina Yusoff dengan Tim. Presiden keADILan Sdr Chandra Muzaffar.

 

Rujuk : MALAYSIA KINI

 

Pendedahan sikap kepimpinan Chandra Muzaffar telah terdedah dalam surat yang telah dihantar oleh Pn Marina kepada Chandra. Pendedahan ini menunjukkan bahawa terdapat krisis kepimpinan yang mula menular dan berada di tahap yang agak kritikal.

 

Komentar menegaskan bahawa Komentar tidak menyokong sebarang individu yang meninggalkan parti dan menyertai parti UMNO kerana kekecewaan. Komentar sendiri pernah dituduh sebagai agen UMNO tetapi pokok pangkal ialah perjuangan diri.  Pn Marina pernah dalam satu email beliau menuduh Komentar memfitnah kepimpinan khususnya Sdr Chandra Muzaffar. Jelas kritikan Komentar mengenai Chandra kini menjadi suatu kebenaran. Kemungkinan Pn Marina pada hari ini tidak lagi menuduh Komentar sebagai penabur fitnah dalam isu-isu yang bersangkutan dengan kelemahan dan kepincangan beberapa kepimpinan. Komentar  sedar bahawa sebaik sahaja tamat pilihanraya  kekuasaan Chandra dalam keADILan telah melampau. Mempunyai kaitan rapat dengan struktur organisasi keADILan telah memberi Komentar indikasi yang kuat bahawa perpecahan akan berlaku selagi tindakan segera tidak diambil. Seawal lagi Komentar telah menghubungi ramai kepimpinan parti untuk memohon agar penyelesaian dilaksanakan. Kegagalan mereka mendengar telah menyebabkan Komentar mengambil jalan memberi tekanan dalam arus media internet. Suara Komentar di tekan terus. Web Master keADILan telah diarah oleh Chandra dan Anuar Tahir untuk memutuskan “LINK”Komentar dari laman mereka. Patah Sayap Terbang Jua, itulah pendekatan Komentar. Usaha membersihkan keADILan terus dijalankan. Krtitikan pedas ditujukan. Pelbagai tohmahan Komentar terima tetapi DEMI MENJAMIN LANGKAH KITA TIDAK PINCANG pada pilihanraya akan datang maka ia terpaksa dilakukan. Kalau tulisan Marhain Tua dalam Laman Mahazalim menyebut “kalau tidak tahu bersilat baik bersila” maka ungkapan inilah yang akan Komentar tujukan kepada beliau yang lantang mengutuk Web Master yang terlibat dalam “TAFAKUR SEKETIKA”. Bersilalah, rancang langkah dahulu , siapkan diri untuk menjadi pendekar bila mana pilihanraya ke 11 menjelma. Fikirlah sekiranya krisis ini berlaku sebelum pilihanraya ke 10 atau saat-saat kita berhadap dengan pilihanraya 11. Maka kita terpaksa bersila sehingga tahun 2007 atau 2008 dan kezaliman keatas Sdr Anwar Ibrahim tidak terbela. Fikirkan dengan matang, kalau benar kita bersimpati dengan mangsa kezaliman iaitu Sdr Anwar Ibrahim maka bangkitlah, jangan kita menutup kekotoran dan membiarkan kebusukkan itu terbau sesampai kita ke medan peperangan. Ahli MPT lain tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh Marina Yusoff ada kebenarannya. Mereka tidak usah berdalih dan turut serta dalam kempen melindungi Chandra dan Anuar Tahir semana UMNO melindungi Dr Mahathir dan kuncunya.

KOMENTAR sendiri pernah mendengar kegusaran beberapa ahli MPT tentang Chandra dan Anuar Tahir. Malangnya langkah mereka ada kalanya tidak seberani apabila mereka bertentang dengan polis. Alasan mereka sama sahaja “ guna cara politik”. Inilah yang terkadang merisaukan Komentar, menggunakan politik berlebihan. Slogan-slogan perjuangan melebihi Anwar merupakan satu slogan ciptaan Chandra.

 

Saudara pembaca,

 

Andai ada cara lain boleh diterangkan dan memberi desakan agar mereka berdua meletak jawatan maka itulah jalan yang akan Komentar gunakan. Malang jalan lain telah dicuba. Alasan mereka kita tidak tahu berpolitik. Untuk kepimpinan yang pernah mengungkapkan kenyataan itu sedarlah “ KAMI BUKAN TIDAK TAHU BERPOLITIK TETAPI KITA TIDAK MAHU POLITIK MENENGGELAMKAN PERJUANGAN.

 

Fikirkan,

 

KOMENTAR