KOMENTAR

 

SETELAH KEMBALI DARI MENYERTAI REFORMASI

 

Maaf kerana Komenter terpaksa meninggalkan komputer kerana menyertai Perhimpunan 100,000 rakyat. Melihat pada awalnya input yang di beri dari wakil-wakil Komentar agak mengelirukan maka Komentar bergegas pergi untuk menyertai agar lapuran pada keseluruh warga reformasi menjadi lebih tepat lagi. Di samping itu tidak lengkap rasanya perjuangan ini sekiranya tidak menyertai keberanian kebangkitan rakyat pada perhimpunan 100,000.

 

Ini kebangkitan rakyat yang jelas  menunjukan bahawa Malaysia khususnya Melayu MENOLAK Mahathir dan UMNO. “Isyarat jelas telah di tunjukkan oleh rakyat bahawa MAHATHIR HARUS UNDUR.

 

Selangor hari ini menyaksikan bahawa agenda rakyat dan desakkan rakyat JANGAN DI PERLEKEHKAN. Kami akan bangkit biar seluruh jalan-jalan termasuk Lebuhraya Kesas DITUTUP untuk menghalang kami masuk.

 

Memang jelas banyak tempat berhimpun telah dinyatakan semasa dalam lapuran Komenter. Ini adalah kerana kebanyakkan jalan baik jalan lebuhraya ataupun jalan biasa di tutup. Rakyat terpaksa berpecah dan berkumpul dalam kumpulan-kumpulan sementara menunggu kehadiran ke empat-empat Presiden Barisan Alternatif. Kesemua kepimpinan Tertinggi Presiden ( Majlis Presiden Barisan Alternatif hadir bersama rakyat).  Ini suara rakyat dan jangan ambil mudah. REFORMASI bergema dan akan terus bergema sehingga Mahathir undur dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim

 

Komentar