Komen Orang Atas Pagar
PICNIC 100,000 Rakyat
Tue Mar 27 14:14:58 2001

PICNIC 100,000 Rakyat pada 25 Mac 2001 yang lalu di Telok Kemang dengar khabarnya mencetuskan kontroversi di kalangan pimpinan KeADILan dan sekumpulan REFORMIS. Kenapa hal ini berlaku ?. Apakah salahnya jika kalian sama-sama bergotong royong membantu menjayakan PICNIC 100,000 Rakyat tersebut ?.

Kenapa kalian tidak bersetuju dengan 'idea cantik' yang diusulkan oleh sekumpulan orang yang tidak punya apa-apa jawatan dalam PKN samada di peringkat Cawangan, Bahagian, Perhubungan Negeri mahupun MPT. Persoalan yang mungkin timbul di dada kalian adalah: konon-kononnya penganjur tidak mengikut prosedur dan saluran yang betul dalam menganjurkan PICNIC ini. Prosedur atau saluran yang bagaimana yang kalian maksudkan ?. Kepartian, ke NGO's an atau ke NGI's an.

Bukankah PKN kini sibuk menjaja POLITIK BARU. Apa dia Politik Baru itu ?. Sefaham Orang Atas Pagar Politik Baru itu bermaksud "Sistem Piramid Terbalik". Maknanya: Rakyat Di Atas dan Ahli Politik Di Bawah.

Bukan macam sekarang: Rakyat Di Bawah dan Ahli Politik Di Atas - Lenguh kita dok memikul. Nak 'topple' orang atas dah tentu mustahil kerana siapa berani nak panjat piramid ?. Takut kena panah atau ditombak dari orang yang ada di bahagian atas sesuatu piramid.

Inilah baiknya Sistem Piramid Terbalik kerana ianya benar-benar mendaulatkan Suara Rakyat Sebagai Suara Keramat. Asal saja suara rakyat yang hendak didaulatkan itu berakar dan bertunjangkan AlQuran dan Hadis. Bukan hanya slogan kosong tajaan Ahli Politik Murahan (maaf: tak kira dari mana-mana parti politik sekalipun termasuk UMNO, PKN atau PAS sekalipun).

Tak taulah kalau ada pemimpin PKN yang menaja Politik Baru dah tukar pulak konsep Piramid terbalik tu menjadi Konsep 4 segi atau bulatan pulak. Itu dah jadi REVOLUSI, bukan REFORMASI lagi...,

Jika kalian asyik sibuk dengan demonstrasi jalanan dan dikhabarkan memberikan tumpuan kepada BLACK 14, alamat pendeklah umur PKN yang sepatutnya punya masa depan yang cerah berkuasa di Malaysia suatu hari nanti. Kenapa tidak anda merancang, bertindak dan bergerak mengikut kajian psikologi serta mood rakyat Malaysia yang ada dalam negara tercinta bernama Malaysia ini. Kajilah dulu style perwatakan bangsa Malaysia sebelum itu semua kalian lakukan. BUKANNYA APA: KAMI TAKUT PERBUATAN KALIAN ITU TIDAK POPULAR dan hanya akan menjauhkan rakyat dari PKN yang kita sayangi ini.

Isu kedua adalah REFORMIS: Adakah gelaran REFORMIS hanya dikurniakan kepada sekumpulan manusia maha istimewa di Malaysia ini ?. Bagaimana pula yang lain ?. Apakah Simbol 'R' itu hanya boleh dimiliki oleh segolongan manusia-manusia istimewa ini ?. Bila pulak Simbol 'R' itu dipatenkan sebagai atau (TM) ?.

Dalam pemerhatian Orang Atas Pagar: Tak timbul soal penganjur PICNIC nak mengecewakan mana-mana pihak dalam penganjuran PICNIC ini, cuma mereka nekad dan cuba menguji dalam beberapa hal iaitu:

- Sejauh mana orang politik (tak kira UMNO, PKN mahupun PAS) yang konon-kononnya memperjuangkan Politik Baru itu benar-benar berpegang dengan apa yang diungkapkannya ?.

- Sejauh mana karenah politiking yang ada dalam sebuah parti yang mendakwa dirinya mengamalkan ketelusan, keadilan dan keterbukaan pendapat serta kepelbagaian variasi pemikiran ?.

- Ada manusia yang mendakwa diri mereka membenci semua parti politik termasuk PKN. Beberapa ketika sebelum ini mereka amat kuat menghentam PKN yang konon-kononnya tidak punya keberanian seperti kumpulan mereka iaitu REFORMIS. Mereka tak suka main politik konon-kononnya. Tetapi mengapa dalam isu PICNIC kalian pun nampaknya turut bermain politik. Kalau tidak masakan terdengar rintihan beberapa 'REFORMIS terkemuka' yang mendakwa diri mereka kecewa tidak dipanggil atau dimaklumkan terlebih dahulu sebelum Penganjur PICNIC 100,000 Rakyat merancang untuk menganjurkan PICNIC berkenaan. Hai, nak main politiking juga ke REFORMIS kita ?. Entahlah.... Orang Atas Pagar pun sendiri pun jadi pening dengan perangai manusia ini. Nampaknya Orang Atas Pagar kenalah aktif menaja Program MeREFORMASIkan semula REFORMASI. Setuju ?.....Kalau tidak Orang Atas Pagar takut: PKN entah ke mana ?. REFORMASI entah ke mana ?. Sama-samalah kita fikirkan..

ORANG ATAS PAGAR
Akan sokong UMNO jika UMNO betul. Contoh: Kenyataan rasional dari YAB Tuan Guru Nik Aziz; "saya akan sokong UMNO jika parti itu sedia mengubah perlembagaannya menjadi sebuah Parti Islam."

Dan akan 'tiau' PKN atau PAS jika mereka silap dan tak laksanakan apa yang AlQuran & Hadis gariskan. Soal Politik Baru bukankah sebahagian daripada Konsep setiap manusia itu adalah Khalifah.

Mari sama-sama kita fikirkannya...