KOMENTAR

 

Salam Reformasi,

 

Komentar hari ini menerima satu email pembelaan diri dari Timbalan Presiden Keadilan Dr Chandra Muzaffar bagi membalas surat tuduhan Marina Yusoff. ( membaca email Chandra klik sini) Chandra dalam emailnya memulakan pembelaan dengan mengatakan bahawa kenyataan Marina adalah satu pembohongan, penipuan, pendedahan berita yang telah dimaipulasi oleh beliau serta berita-berita separa benar. Dr Chandra dalam kenyataannya menafikan bahawa beliau tidak pernah bersikap kurang ajar kepada Datin Presiden atau mana-mana individu baik dalam parti atau pun bukan. Chandra dalam kenyataan pembelaanya menyifatkan bahawa kenyataan Marina hanya mendapat sokongan Dr Mahathir dan ini bagi Komentar mempunyai mesej yang tersirat dibelakang kenyataan beliau. Wan Azizah dalam temuramahnya,yang disiarkan oleh Malaysia Kini menafikan tindakan Chandra membaling fail seperti yang didakwa oleh Marina. Apa yang dimaklumkan oleh Wan Azizah adalah Chandra dalam keadaan mesyuarat yang agak tertekan “meletakkan fail diatas meja dengan agak kuat” dan implikasi ini mungkin kerana situasi tekanan pilihanraya. Mungkin kerana tekanan itulah Datin Presiden menangis dan berpelukkan dengan Pn Marina Yusoff. Chandra dalam kenyataannya sekali lagi membayangkan bahawa beliaulah yang memulakan langkah pengabungan antara PRM dengan keADILan. Komentar mampu mengulas dengan lebih lanjut lagi keadaan semasa di Pejabat Biro Politik tersebut tetapi setakat ini Komentar mahu melihat reaksi sebenar krisis Tim.Presiden tersebut dengan Marina. Komentar lihat beberapa kepimpinan parti seperti Ezam dan Tien Chua membuat beberapa kenyataan menyokong Chandra Muzaffar. Kenyataan mereka jelas nampak bahawa maruah parti harus ditegakkan walau apa pun senario sebenarnya. Anuar Tahir tidak pincang atau terlupa untuk mengeluarkan kenyataan menyokong Chandra Muzaffar sebagaimana Chandra memuji Anuar Tahir sebagai pemimpin yang telah menyelamatkan parti.

 

Jesteru itu dari krisis ini apa yang nampak ialah masing-masing cuba menunjukkan bahawa mereka telah banyak mencurah bakti pada parti. Suara mereka di laungkan keseluruh media internet dan media Mahathir. Hanya satu yang ketara:

 

Belum lagi seorang Reformis, khususnya bekas tahanan ISA, Bekas Tahanan Reman/Okt yang mengeluarkan kenyataan bahawa merekalah yang banyak membantu parti dan tuntutan Reformasi.

 

MARINA YUSOFF SEKARANG DITUDUH SEBAGAI PENIPU OLEH CHANDRA.

 

Apa yang sebenarnya berlaku adalah satu tanda tanya seperti misteri kes rampasan senjata.