Merujuk kepada artikel is2000 yang bertajuk Adu Domba Ezam Mohd Nor dan Saifuddin Nasution.

Salam Reformasi,
03.03.2001

BILA MAKAN POLITIK, TIDUR POLITIK DAN MAIN POLITIK....

Membaca tulisan is 2000 mendorong Komentar mengulas senario politik dalam keADILan yang pernah disebut dan diulas oleh Komentar awal tahun 2000 yang lalu.

Ulusan yang agak keras dari Komentar menyebabkan Komentar telah di label sebagai pengkhianat perjuangan dan seterusnya terdapat usaha-usaha untuk memusnah kredibiliti tulisan dan Laman Komentar. Apakah ini menjadi penghalang untuk Komentar dari bersuara? Tidak ! Ianya tidak mematahkan semangat Komentar dari terus memperjuangkan keadilan dalam ertikata yang besar.

Keadilan seharusnya bukan sahaja diperlakukan tetapi nampak dilaksanakan. Inilah nilai perjuangan yang perlu dituntut dan didokong. Apalah erti keadilan jika Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah kepada Sdr Anwar Ibrahim sedang rakyat percaya ianya hanya satu kezaliman kepada Sdr Anwar Ibrahim, NGO nampak pencabulan hak kemanusiaan, Majlis Peguam dan dunia tidak nampak keadilan dilaksanakan di bumi Malaysia ini. Apakah erti keadilan dalam senario itu.

Kini kita melihat politik dalam keADILan. Politik yang dicalar dan dijadikan agenda bagi individu yang bercita-cita tidak akan dapat membantu perjuangan bagi kita mengembalikan keadilan dalam negara kita ini.

Kita sedar cita-cita segolongan orang yang dimaksudkan oleh is 2000 adalah mereka yang bercerita tentang keadilan, bercerita tentang memperjuangkan kebebasan bagi Anwar Ibrahim, bercerita tentang menjatuhkan pemimpin zalim dalam negara, bercerita tentang membelaan rakyat tetapi berusaha hanya menguatkan cita-cita dalam politik demi agenda tersendiri kerana dokongan rakyat kuat pada Barisan Alternatif. Ini peluang. Ini jalan "short-cut" untuk naik dalam politik. Oleh itu mainan politik dalam parti keADILan kena bijak. Jawatan mesti di rebut dalam parti. 

Apakah ini yang dinamakan perjuangan? Apakah budaya ini yang sekarang wujud dalam keADILan? Komentar percaya sdr is2000 tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam keADILan tetapi tidak mahu membongkar segalanya atas alasan menjaga keutuhan parti. Tetapi percayalah andai sesuatu tidak dilaksanakan maka kenderaan baru yang diibaratkan oleh Sdr Ruslan Kassim dalam menuju kepilihanraya ke 11 akan jadi lebih uzur dari kenderaan yang ada sekarang ini. Apakah masa itu tidak terlambat untuk kita memperbetulkan keadaan.

Terpulanglah kepada kita. Berdiam dan tidak melakukan sebarang usaha perubahan hanya mengiakan kezaliman dan menggalakkan keburukan itu untuk berlaku.

Komentar- sekadar mengulas.