Oleh Ummu Natasya

 

Dollah Komunis Sindir BA

 

BEKAS tahanan ISA kerana dipercayai menyokong fahaman komunis, Tan Sri Abdullah Ahmad atau Dollah Kok Lanas atau Dollah Komunis masih tidak puas hati dengan apa yang sudah dia buat terhadap parti-parti pembangkang di negara ini.

Terbaru, dalam satu tulisannya menyifatkan, kemenangan Saifuddin Nasution Ismail dari keADILan di Dun Lunas sebagai ‘hadiah saguhati’ buat Al-Gore yang tewas dalam pertandingan Presiden Amerika Syarikat.

Dollah Komunis cuba mengaitkan BA dengan kuasa asing dan kita semua kena kaitkan dia dengan komunis sebab dia ni seorang penulis yang asyik bernostalgia.

Tulisannya sudah tidak berbisa lagi. Dulu memang dia hebat sebab pernah jadi Setiausaha Politik Tun Razak dan kemudiannya jadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Standard dia lebih kurang sama dengan Dato’ Ibrahim Ali sahaja, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Lebih kurang sama dengan jawatan office boy Perdana Menteri sahaja.

Berhempas pulas dia menulis merayu pengundi di Lunas yang tidak pernah memberikan undi kepada pembangkang supaya mengundi calon BN, Anthonysamy tetapi pengundi-pengundi sudah tidak memba suratkhabar yang menyiarkan tulisan Dollah Komunis dan kalau belipun suratkhabar itu, tulisan Dollah Komunis sudah lama ditinggalkan.

Dollah Komunis tidak usah menyindirlah. Dollah Komunis hanya menulis kerana hendak mengampu Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad. Adalah projek yang dia tengah minta tu. Kalau tidak, mustahil dia mengampu dalam tulisan-tulisannya.

Dulu, ketika dalam suasana kempen pertandingan dalam Umno, bukan main kuat dia sokong Osu Sukam dan Ghani Othman. Dia ramal, Ghani bakal Perdana Menteri Malaysia. Rupa-rupanya dia ada minta projek di Johor dan menunggu masa untuk Ghani luluskan. Dia minta Berita Harian, Utusan Malaysia, NST dan The Sun siarkan. Cukup ramai yang baca kononnya artikel dia. Bila sampai masa keputusan diumumkan, Osu dapat nombor empat, manakala Ghani Othman yang diramalkan menjadi Perdana Menteri dapat nomor tujuh.

Dollah Komunis tidak tahu dia sekarang sudah ketinggalan zaman. Pemikirannya tidak sesuai dengan orang-orang baru atau generasi baru yang ada di negara ini.

Perangainya suka bercakap besar, kononnya dialah yang paling pandai di negara ini dan turut terlibat melantik Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri sebenarnya menyebabkan dia semakin dibenci. Dia perasan kononnya dia cukup hebat. Dia syok sendiri dengan gambar dan tulisan-tulisannya yang tidak berkesan. Dia perasan dia masih jadi Setiausaha Politik Tun Razak sedangkan Tun Razak sudah meninggal dunia lebih 26 tahun dahulu.

Sebenarnya yang hebat ialah Tun Razak. Dollah Komunis tidak hebat. Cuma, ada seorang dua kawan-kawannya memuji-mujinya kononnya dia cukup hebat. Kawan-kawannya yang memujinya itu sebenarnya malas nak melayan cakapnya. Maklumlah, orang syok sendiri ni memang susah nak layan.

Cukup-cukuplah Dollah Komunis. Umur awak dah sampai ke penghujung. Sudah masuk waktu maghrib. Cukup-cukuplah mengampu Dr. Mahathir. Berkata benarlah disaat-saat akhir usia. Cakaplah yang Dr. Mahathir memang tidak disukai. Takut apa? Dr. Mahathir bukan Tuhan. Berkata ebnarlah Dollah Komunis. Sampai bila hendak berbohong kepada diri sendiri dan kepada orang ramai.

Apa Dollah Komunis tidak ingat mati? Apa Dollah Komunis ingat Dr. Mahathir tidak mati? Biarlah penulis-penulis lain seperti Yahaya Ismail (Penulis Upahan Terkenal) menulis mengampu Dr. Mahathir kerana dia dapat banyak duit dari Daim. Biarlah Idris Tulis mengampu kerana dia dapat jadi agen Proton Saga. Biarlah Jamaluddin Abu Bakar mengampu kerana dia masih berharap dapat jadi wakil rakyat.

Dollah yang berpengalaman luas, pernah jadi agen komunis di Malaysia dan pernah jadi office boy kepada Perdana Menteri, janganlah mengampu. Janganlah mengundang musuh dalam hidup yang sudah tidak berapa hari lagi. Okey Dollah mesti boleh faham tulisan ini.

Kalau Dollah terus ‘menyindir’ pembangkang dalam tulisannya, saya akan terus pukul Dollah tanpa belas kasihan. Tapi kalau Dollah berubah sikap, saya juga akan berubah sikap terhadapnya. Begitu juga dengan penulis-penulis upahan lain seperti Yahaya Ismail, Idris Tulis dan Jamaluddin Abu Bakar.

 

habis