Assalammualaikum,

SEKRETARIAT OPS 2004 ingin meminta maaf kerana telah lama tidak mengirimkan berita kepada anda. Kami terlalu padat dengan pelbagai aktiviti harian.

Sila ambil perhatian,

Bermula dari pagi tadi di sekitar Kuala Lumpur terutama di kawasan Masjid Jamek/ Masjid India telah tersebar handbill palsu yang dicetak oleh pihak musuh mengenai PERHIMPUNAN RAYA 100,000 RAKYAT yang sepatutnya akan berlangsung pada 20 Januari 2001 di Telok Panglima Garang.

Dengan menggunakan konsep & design yang sama dengan handbill sebenar, pihak musuh telah menggunakan kaedah dis-information iaitu menukar tarikh perhimpunan dari 20 Januari 2001 kepada 21 Januari 2001. (Lain-lain maklumat perhimpunan tidak berubah).

Taktik ini sengaja dilakukan oleh pihak musuh untuk mengelirukan para penyokong Barisan Alternatif mengenai perhimpunan berkenaan.

Sehubungan dengan itu, silalah war-warkan taktik kotor pihak musuh ini kepada seluruh penyokong Barisan Alternatif agar tidak ada di antara kita yang terkeliru dengan penggunaan taktik yang sebenarnya sudah lapuk namun masih berkesan untuk mengelirukan kita bersama.

Pihak kami berharap Jawatankuasa Penganjur Perhimpunan Raya 100,000 Rakyat serta seluruh Penyokong BA akan mengambil berat mengenai perkara ini.

Kami difahamkan tidak berlaku sebarang penukaran tarikh Perhimpunan Raya berkenaan. Ianya masih lagi 20 Januari 2001 dan bukannya 21 Januari 2001 sebagaimana handbill yang diedarkan oleh pihak musuh.

Sekian dilaporkan.

Kapten FENDY bp Leftenan KLUANGMAN