KOMENTAR

28.11.2000

Salam Reformasi

 

LIM KIT SIANG HADIR DI LUNAS DAN KEMPEN BARISAN ALTERNATIF MEMUNCAK

 

27.11.2000 ;-  Wakil Komentar di Lunas melapurkan bahawa  Pengerusi DAP, Sdr Lim Kit Siang hadir ke Lunas untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Alternatif. Kehadiran Lim Kit Siang menyemarakkan lagi kempen Barisan Alternatif dan menghapuskan sekali gus senjata BN yang sering digunakan sewaktu berkempen yakni berita perpecahaan Barisan Alternatif.

 

Sambutan luarbiasa rakyat Lunas kepada Barisan Alternatif menunjukkan bahawa Barisan Nasional kini dalam keadaan tertekan. Menurut wakil Komentar di Lunas kalau merujuk kepada sokongan baik kaum Cina mahupun India Barisan Alternatif pasti berjaya salam pilihanraya kali ini. Sungguhpun begitu apa yang amat di ragui adalah maklumat tentang kehadiran pengundi hantu bagi memastikan BN terus berjaya. Maklumat-maklumat baru mengenai undi-undi hantu ini sudah mula menunjukkan bahawa hanya SPR sahaja yang mampu membantu kemenangan BN.

 

Jentera Barisan Alternatif di Lunas di syorkan untuk meneliti dan memantau perkara berhubungkait dengan pengundi palsu ini.

 

KOMENTAR