KOMENTAR

 

07.09.2000

Salam Reformasi

 

KHIR TOYO NASIHAT JANGAN POLITIKAN ISU ABU HASSAN

 

Mana letaknya perikemanusian kepimpinan UMNO? Ustad-ustad UMNO, para ulamak UMNO semua bisu bila kes fitnah dan tohmahan keatas Anwar dibuat. MB Selangor minta kes Abu Hassan jangan dipolitikan. Khir Toyo lupa bahawa kalau isu Anwar didakwa dengan sebegitu hebat kenapa kes Abu Hassab perlu didiamkan. Abu Hassan patutnya di siasat sama seperti perlakukan mereka keatas Anwar Ibrahim. Buat ujian DNA, periksa katil dan tilam Abu Hassan, manalah tahu kemungkinan ada bekas-bekas yang boleh dijadikan bahan bukti. Ini tidak , perlakukan sumbang kepimpinan UMNO sekarang yang hanya melepaskan diri dengan menutup mata kepada kecelakan perlakukan Mahathir dan kroni-kroninya amat dikesali. Bagaimana agaknya persoalan kehadap mereka yang sama-sama secara langsung atau tidak mendokong budaya fitnah. Mr Khir Toyo, hilang manakah perikemanusian diri kamu?

 

Jangan mengarut MB Selangor.

 

KOMENTAR

Bebaskan Anwar Ibrahim