KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

 

Pemuda keADILan sekarang ini menjadi igauan ngeri Dr Mahathir dan Barisan Nasional. Keberkesanan Pemuda keADILan memangkin Gerakan Reformasi jelas memberi tekanan kepada kerajaan zalim kita ini. Mereka berusaha dan terus berusaha untuk menghancurkan gerakan pemuda. Sekali lagi penggunaan wang dan ugutan kepada individu dalam Gerakan Pemuda keADILan menjadi cara bagi menghancurkan pergerakan Pemuda. Apapun wang adalah pancing utama mereka. Sekiranya tertekan maka mereka akan hadir menghulur kemewahan lantas penjualan maruah termenteri. Inilah senario sekarang ini. Ketua Pemuda keADILan dilemparkan dengan fitnah-fitnah yang cuba menjatuhkan kredibilitinya. Kini beberapa Exco Pemuda keADILan mula memburukan keADILan. Entah apa habuan yang dihulurkan bagi menancing kerana.

 

Bagi Komentar desakan dan kritikan adalah baik untuk memantapkan kita. Akan tetapi sekiranya menyertai UMNO kemudian baru sebok menceritakan kesedaran dan mula melemparkan fitnah merata-rata maka itu pengkhianat namanya. Zuraidi dan Zul Adha adalah contoh mereka yang menyertai UMNO dan kemudian baru berbunyi-bunyi mengatakan ketidakpuasan hati.

 

KOMENTAR kini dikejutkan dengan satu berita yang memaklumkan seorang lagi EXCO dari Wilayah Persekutuan akan menyertai UMNO. Exco tersebut diberitakan akan mengumumkan keluar dari keADILan kerana hilang keyakinan dengan keADILan. Sebenarnya tindakan mereka tidak sedikit pun menjejaskan keADILan. Mereka dari dahulu sepatutnya dikenal pasti sebagai orang yang bermuka-muka dengan membocorkan input kepada parti lawan. Dengan keluarnya mereka maka parti akan lebih selamat dan parti akan terus melalui proses pembersihan. Eloklah mereka berundur. Jangan peralatankan perjuangan ini. Jangan menipu perjuangan ini.

 

KOMENTAR akan terus mencari butir-butir lanjut mengenai EXCO PEMUDA WILAYAH PERSEKUTUAN  yang akan dan bakal mengkhianati perjuangan ini.

 

Kita nantikan saat mereka yang berjiwa pengkhianat keluar dari parti kita ini.

 

KOMENTAR