KOMENTAR

 

07.10.2000

Salam Reformasi

 

SIAPA DIBELAKANG AL~MAUNAH

 

Benarkah bahawa Ketua Simponi Sandiwara Al Maunah adalah Tan Sri Khalil Yakub ?  Berita ini sudah mula menular dalam UMNO biarpun penerangan  UMNO sendiri sudah pun menyaksikan pita video insiden Al~Maunah tersebut. Tan Sri Khalil yang dikatakan menpunyai “golden touch” dalam menentukan kemenangan Barisan Nasional dalam piliharaya ke 10 telah di arah pula oleh Dr Mahathir untuk mengetuai orkestra Al Maunah. Tan Sri Khalil juga di pertanggungjawabkan untuk menentukan “at all cost” agar UMNO boleh di terima kembali. Sungguhpun begitu kali ini Tan Sri Khalil gagal dalam mendapatkan tepukkan gemuruh untuk orkestra sandiwara Al Maunah. Kita sudah melihat keanehan kes tersebut. Kita sudah nampak betapa terdesaknya UMNO khususnya Mahathir dalam mendapatkan kembali sokongan rakyat khususnya Melayu.

 

Tan Sri Khalil di kira sebagai perintis IKLAN UNDILAH UMNO  MELALUI  MEDIA TV kali ini gagal dalam perencanaannya. Jesteru itu beliau sendiri rasa tertekan dalam mengendalikan mission yang dikira impossible itu.

 

Menurut beberapa sumber Tan Sri Khalil sudah memaklumkan kepada Mahathir kegagalan penerimaan rakyat atas kes Al Maunah. Sungguhpun begitu Mahathir tidak akan menolak Tan Sri Khalil buat masa ini kerana beliau adalah antara mereka yang sanggup mengorbankan maruah demi menjaga keutuhan rasuah, kronisma dan korupsi dalam negara ini. Beliau di kira setanding dengan BAPA-BAPA PERANCANGAN FITNAH seperti Datuk Aziz Shamsuddin, Daim Zainuddin dan Megat Junid.

 

Kali ini Tan Sri Khalil sedar , rakyat khususnya melayu sudah tidak berpegang pada UMNO.

 

Komentar