KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

17.06.2000

Salam Reformasi

 

KETUA POLIS NEGARA BAKAL TERSUNGKUR

 

Benarkah berita yang dilapurkan kepada Komentar ini ? Komentar dimaklumkan bahawa Ketua Polis Negara sekarang ini dalam delima. Ketua Polis Negara sedang di asak kuat oleh golongan reformasi untuk mengambil tindakan keatas Mahathir kerana mencampuri urusan BPR dan Abdul Gani Patail kerana mengugut anak guam Manjeet Singh ( Datuk Nallla). Ugutan dari saorang yang sepatutnya mendokong kedaulatan undang-undang tetapi mencerobohi kedaulatan itu perlu di hukum sekeras-kerasnya. Komentar menerima lapuran bahawa tekanan keatas Ketua Polis mula memuncak. Anggota-anggota Polis lain sedang memerhati tindakan beliau. Kredibiliti beliau akan dipersoalkan oleh rakan polis beliau. Sebarang tindakan yang jelas menyimpang kepada kebenaran akan menghilangkan dirinya dari terus dihormati. Kita perlu ingat sokongan dari pegawai-pegawai polis dan ketenteraan sudah mula menyebelahi Barisan Alternatif. Komentar difahamkan bahawa Ketua Polis Negara sekarang ini berusaha untuk tidak disoal oleh wartawan kerana jawapan beliau akan jelas menunjukkan samada beliau seorang yang berprinsipal.

Malang benar kakitangan Jabatan Polis yang sering diperhambakan oleh Mahathir. Apakah mereka yang di Jabatan Polis tidak langsung perihatin terhadap keburukkan Mahthir. Apakah kali ini sekiranya golongan reformasi turun di jalanraya menyuarakan desakan meminta Mahathir dihadapkan kemahkamah maka pihak polis akan terus membelasah kami kerana memperjuangkan kebenaran.