Salam Reformasi
17-03-2001

PERBICARAAN MEREKA YANG DI TAHAN BERHUBUNG DENGAN ISU KG MEDAN

34 antara mereka telah diikat jamin sebanyak RM 3,000, 12 diikat jamin dengan nilai RM 5,000, 1 didenda RM 6,000, 1 didenda RM 2,000 dan 2 orang di penjara selama 6 bulan.

Mereka yang dipenjara adalah En Shamsuddin Abbas dan Ismail Husin. Dalam keterangan En Shamsuddin beliau sedang tidur apabila di kejutkan dengan teriakan bahawa kampung dia akan diserang. Beliau terus mengambil parang dan keluar diperkarangan rumah. Dalam perkarangan itulah beliau ditahan.

Beliau memaklumkan bahawa sekira ini adalah balasan untuk mempertahankan keluarganya maka beliau rela.

Yang mengejutkan ialah Pendakwa memohon agar ikat jamin tidak dibenarkan kepada semua OKT. Siapa pendakwa tersebut ? Tidak lain dan tidak bukan " Abdul Gani Patail".

Mahkamah Majistret hari ini menyaksikan nama popular Gani Patail untuk melangsungkan pendakwaan.

Komentar