DIMAKLUMKAN KEPADA KAMI KERAJAAN BARISAN NASIONAL

MENGARAHKAN SEMUA SURAT KABAR CINA UNTUK TIDAK MENGELUARKAN GAMBAR INI

Dimaklumkan kepada kami bahawa arahan sudah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri agar surat kabar Cina tidak mengeluarkan gambar Datin Presiden Wan Azizah. Kami dimaklumkan bahawa Datuk Chor Chee Heung takut gambar itu akan membawa simpati kepada pengundi-pengundi di Lunas. Mereka takut bukan sahaja pada Barisan Alternatif tetapi juga pada gambar-gambar kepimpinan BArisan Alternatif. Ini hanya menjelaskan bahawa jentera-jentera kerajaan juga di pergunakan untuk kempen pilihanraya Lunas. Inilah demokrasi ala Barisan Nasional.

 

Komentar