KENYATAAN BERSAMA MAHASISWA, PELAJAR DAN GRADUAN
 
Kami: Majlis Graduan Profesional Islam Semenanjung
(MAPIS), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN),
Gerakan Mahasiswa Wangsa Maju (GMWN) dan Gerakan
Mahasiswa Alternatif (GEMA) yang mewakili
persatuan-persatuan pelajar IPTA/IPTS dalam dan luar
negara telah mengadakan beberapa pertemuan dan
mesyuarat. Persatuan-persatuan kami mewakili pelbagai
pandangan dan pendekatan di dalam arus gelombang gerakan
pelajar dan mahasiswa tanah air.
 
Hasil daripada rundingan dan perbincangan, dengan
sebulat suara, kami menyokong perhimpunan rakyat pada 04
Ogos 2000 untuk bersama-sama mengadakan 'perhimpunan
secara aman' bagi mengikuti
perbicaraan pejuang rakyat iaitu Saudara Anwar Ibrahim.
 
Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia, pakcik-makcik,
ibu-ayah, pegawai-pegawai kerajaan, swasta, badan-badan
berkanun, buruh, petani, doktor, jururawat,
pemandu-pemandu teksi, bus, lori, individu-individu,
pelajar, dan mahasiswa seluruhnya untuk datang
beramai-ramai memberi sokongan moral sambil berdoa untuk
memberi kekuatan kepada pejuang kesayangan kita iaitu
Dato' Seri Anwar
Ibrahim.
 
Kami para pelajar dan mahasiswa akan menyokong sesiapa
sahaja samada parti politik, badan NGO atau individu
yang mendokong tindakan dan program untuk mendirikan
keadilan dan menentang kezaliman di negara ini.
 
Kami akan akan menentang sesiapa sahaja samada dari
parti politik, badan NGO atau individu yang sedang
menjalankan dasar dan tindak-tanduk untuk terus
mengembang kemungkaran, kebatilan dan kezaliman.
 
Sekian Terima kasih.
 
Presiden
MAPIS
(Majlis Graduan Profesional Islam Semenanjung)
 
Presiden
GMLN
(Gerakan Mahasiswa Lantang Negara)
 
Presiden
GMWN
(Gerakan Mahasiswa Wangsa Maju)
 
Presiden
GEMA
(Gerakan Mahasiswa Alternatif)