KENYATAAN KHAS PN MARINA YUSOFF

LAPURAN PALSU UTUSAN MALAYSIA

27.06.2000

 

Saya merujuk kepada kenyataan muka depan Utusan Malaysia yang bertarikh 27 Jun 2000 yang menyatakan “Penglibatan saya dalam keADILan membuang masa. Saya tidak pernah ditemuramah atau berjumpa dengan mana-mana pemberita daripada Utusan Malaysia dan kenyataan ini berasaskan fitnah dan pembohongan. Ini sengaja diada-adakan untuk mengelirukan penyokong-penyokong keADILan dan membuat penyokong-penyokong saya marah dan benci terhadap saya. Ini bertujuan menghasut.

 

Saya akan ambil tindakan yang sewajarnya terhadap Utusan Malaysia dimasa yang sesuai. Sebelum pada ini Utusan Malaysia juga telah biasa mengenakan saya dengan membuat kenyataan palsu yang menyebabkan pihak polis naik marah terhadap saya dan sengaja membawa kes Mei 13 terhadap saya, yang saya masih menghadapi di Mahkamah Seksyen Butterworth yang akan diteruskan pada 18 Julai 2000. Saya berharap semua penyokong-penyokong keADILan bertenang dan jangan terpengaruh atau naik marah dengan kenyataan yang palsu ini kerana saya tetap dengan pendirian saya untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. Malahan hasrat saya untuk membebaskan Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana saya percaya dia teraniaya, masih dalam agenda utama saya.

 

Perbezaan pendapat dan cara perjuangan antara saya dengan Dr Chandra Muzaffar tidak sepatutnya dijadikan isu untuk menyebabkan pendokong-pendokong keADILan merasa kecewa dan tidak sepatutnya dijadikan asas untuk merosakkan perjuangan menegak keadilan dan kebenaran.

 

Saya adalah salah satu daripada orang yang mengasaskan Parti Keadilan Nasional.Saya sangat bangga bahawa satu Parti yang berjuang menegakkan keadilan untuk rakyat berkembang dengan begitu hebat dalam amsa setahun.

 

Saya terpaksa mengundurkan diri dari Parti Keadilan nasional keran tugas-tugas saya sudah selesai dan atas sebab kesihatan. Demi untuk keselamatan parti dan penyokong-penyokong saya, saya telah berkorban untuk mengundurkan diri daripada Parti supaya parti ini boleh teruskan perjuangan dengan lebih mantap dan akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada pilihanraya yang akan datang.

 

HAJJAH MARINA YUSOFF

(TANDA TANGAN BELIAU)