KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

11.06.2000

Salam Reformasi

 

JANGAN JADIKAN BUDAYA FITNAH BUDAYA KITA

 

Pada mulanya tergerak juga Komentar untuk berbahas dengan mereka yang telah memulakan tohmahan dan fitnah terhadap beberapa laman termasuk laman Komentar sendiri hasil tindakan “bertafakur seketika”. Kelancangan tulisan mereka terpapar di Laman Web keADILan hasil tulisan beberapa mereka yang melemparkan andaian berunsurkan fitnah dan tohmahan. Komentar setakat ini hanya mendengar dan membaca kerana kita tidak mahu pula dilihat sebagai mereka yang tidak professional dengan sikap melatah. Komentar telah melalui zaman mulanya perkembangan Laman laman Pro Reformasi. Komentar hadir dengan Laman Komentar dan sama-sama berkembang dengan arus INTERNET dengan Laman Sensasi MAHAZALIM dan REFORMASI NASIONAL. Komentar selain dari menuruti dan menghadirkan diri pada tuntutan desakan dijalanan telah memulakan perjuangan dalam parti sehingga menarik dari dan meletakan jawatan disalah satu Bahagian dan terus melepaskan jawatan di Perhubungan Negeri.

 

BILA DESAKAN UNTUK BERBINCANG MENGGUNAKAN SALURAN FORMAL SAMA DENGAN DESAKAN ABDULLAH BADAWI MENGGUNAKAN SALURAN FORMAL  DAN MENGUTUK TINDAKAN HAK BERDEMONSTRASI SECARA AMAN.

 

Dalam melalui proses pilihanraya ke 10 sehingga tanggal penghujung Januari beberapa usaha telah dijalankan bagi menasihati dan memohon agar sesuatu dilaksanakan demi memantapkan perjuangan parti dokongan Komentar. Ramai kepimpinan telah ditemui dengan mengadakan perjumpaan tertutup bagi membincangkan hal pergolakan dalam keADILan. Secara ikhlas kepimpinan sedar akan perkara ini namun seakan ada sesuatu yang menghalang mereka dari terus memperbaiki keadaan. Komentar bangkit dan terus berkomunikasi dengan Setiausaha Agung bagi melihat apakah sebenarnya kehendak beliau dalam merencana arah parti ini. Beberapa kesalahan dan ketidak telusan di maklumkan kepada beliau namun saluran FORMAL seperti yang DIKATAKAN lebih kurang sama dengan saluran formal yang digesa oleh Ahmad Badawi apabila melarang desakan melalui “demonstrasi aman jalanan” tanpa langsung mendengar apatah lagi bertindak. Sesuatu yang tidak sihat dipertonjolkan oleh beberapa kepimpinan yang ada. Usaha diteruskan bukan sahaja pada tahun ini telah bermula dari tahun 1999, beberapa bulan sebelum pilihanraya. Permainan politik berlebihan dan budaya fitnah dan tohmahan juga menjangkit dalam parti kita ini.

 

BUDAYA TOHMAHAN YANG DAPAT DILIHAT

 

Bagi yang mengikuti arus politik keADILan khususnya apabila menjelang MESYUARAT AGUNG BAHAGIAN, budaya jatuh menjatuhkan telah digalakan. Memang benar kata Sdr Zainur Zakaria perihal pentingnya kita mempertonjolkan landasan demokrasi yang bersih TETAPI sedarkan bahawa infrastruktur dalam parti belum membolehkan pertandingan yang sihat dan professional. Kita ambil contoh daftar ahli yang tidak teratur dan lemah. Mesyuarat mensyaratkan adanya daftar ahli yang tepat dan bukan tangkap muat sahaja. Budaya jatuh menjatuh bermula dan bergerak dari situ maka budaya fitnah digalakan. Antara yang kerap ialah tuduhan agen UMNO dan Unit Khas Polis.

 

TUDUHAN WEB MASTER YANG BARU MENYERTAI SIBER, APAKAH ADA MOTIF DISEBALIKNYA. 

 

Kini kita lihat tulisan menuduh Laman Reformasi sebagai mereka yang telah mendapat imbuhan dari UMNO. Kita kaji senario andai Laman Reformasi mendapat imbuhan dari UMNO dan kini ditutup mungkin buat selama-lamanya. Apakah UMNO memberi imbuhan pada awalnya untuk memecahkan Parti Keadilan Nasional kemudian dengan melancarkan “tafakur seketika” dan kemudian menutup laman itu? Kenapa tidak diteruskan Laman itu dan bergerak sebagai agen yang mampu digunakan sebagai “turning over mechanism” . Apabila di “hack” sedemikian rupa , apakah motif UMNO sebenarnya, lepas bayar , “hack” dan meletakkan gambar lucah. UMNO bijak, mereka tahu pasti ada segolongan mereka dalam keADILan yang kononnya bijak dan akan terus mencerca Web Master dan secara langsung mereka yang menyebarkan fitnah bahawa kemungkinan Web Master dibayar dengan tersendiri  menghancurkan Laman yang telah banyak berjasa kepada Gerakan Reformasi.

 

Penulis-penulis yang terus mencerca inilah yang sebenarnya menjadi alatan untuk terus memusnahkan Laman Reformasi dari terus dipercayai. Komentar tahu apa yang terjadi dalam Parti. Komentar masih ada sekeliling kepimpinan dan terus nampak sebagaimana kepimpinan lain nampak.

 

Komentar ingin kemukakan satu teori “ ANDAI WEB MASTER LAMAN MAHAZALIM KELUAR DAN UMUMKAN BAHAWA BELIAULAH WEB MASTER TERSEBUT DAN MENGUMUMKAN KELUAR DARI PERJUANGAN, BUKAN KAH IMBUHAN YANG KONON DIBERI LEBIH BESAR DARI HANYA MENUTUP LAMAN. FIKIRKAN LAH SEKIRANYA 6 WEB MASTER TERSEBUT KELUAR TENTU BERMILLION IMBUHANNYA.

 

Komentar akan terus mendokong Laman Reformasi yang kami anggap Penghulu dalam Siber dan dipercayai juga seorang reformis jalanan yang setia dengan perjuangan.

 

Tindakan beberapa WEB MASTER yang baru menceburi dalam bidang siber kemudian menyebarkan fitnah bahawa Laman-Laman lain telah dibayar hanya menunjukkan sikap yang saling tidak tumpah dengan para konspirator yang galak menyebarkan fitnah terhadap Sdr Anwar Ibrahim.

 

KOMENTAR akan terus bertindak mendokong REFORMASI dokongan Anwar Ibrahim dan bagi menyangkal beberapa indikasi negatif mereka tentang kononnya kami berselindung dibelakang ALAM SIBER , KOMENTAR tegaskan, KAMI BERADA DALAM DUA LANDASAN PERJUANGAN YAKNI SIBER DAN NYATA.

 

Satu lagi buat Tok Misai LINK kami juga dahulu dikerat oleh Laman Keadilan Nasional tetapi kami bukan “glory seeker” bangga sekiranya link wujud dalam Laman tersebut.

 

 

SALAM REFORMASI