KOMENTAR

 

1hb August 2000

 

Salam Reformasi

 

27 ORANG YANG DITANGKAP BERHUBUNG DENGAN RAMPASAN SENJATA DITAHAN DI BAWAH ISA

 

Mereka telah dituduh membunuh, mereka dituduh merampas senjata, mereka dituduh mengamalkan ajaran sesat dan mereka dituduh sebagai penjenayah. Apa pun mereka telah ditangkap atas pelbagai kes jenayah tetapi tidak mahu dibicarakan terlebih dahulu. Mereka kini di tahan di bawah ISA. Kenapa? Apakah muslihat Polis? Tan Sri Norian Mai memaklumkan bahwa mereka akan dibawa kemahkamah untuk tuduhan jenayah sedikit masa lagi. Kini mereka dibawah ISA. Fikirkanlah, mereka kononya di kepong dan menyerah diri. Senjata yang dicuri ada dikawasan mereka ditahan. Mayat digali dan dimaklumkan telah dibunuh oleh kumpulan ini. Kenapa tidak mereka terus dituduh dan dibicarakan? Kenapa ISA?

 

Sunggguhpun begitu bagi mereka yang benar-benar mengikuti perjalanan kes ini semua sudah tahu bahawa mereka akan ditahan dibawah ISA.

 

Mereka tidak akan dituduh dimahkamah buat masa ini. Mereka kemungkinan akan didera sehingga mengaku mengikut  apa yang dikehendaki oleh pihak yang kini sudah hilang maruahnya.

 

Abdullah Badawi, kamu akan dipertanggungjawabkan kelak!

 

Komentar