Bantahan di Kemunting pada 29hb Oktober 2000 menunjukkan bahawa rakyat sudah menolak sebarang bentuk Akta Kejam yang menghalang kebebasan rakyat bersuara dan mencabuli hak rakyat negara. Kehadiran kepimpinan Barisan Alternatif bersama hampir 6,000 rakyat menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menolak sebarang bentuk kekejaman yang mencabuli hak setiap rakyat di negara ini. SUARAM berjaya melaksanakan program menetang ISA pada 29.10.2000 dengan sambutan luar jangkaan. Hapuskan ISA telah menerima sokongan menyeluruh Barisan Alternatif dan rakyat sudah mula sedar bahawa akta ISA adalah untuk menyelamatkan kuasa pemerintah dan membenarkan mereka bertindak sezalim-zalim nya. Reformasi yang di tuntut juga mengariskan agar Akta ISA di hapuskan sama sekali.

Kerajaan Malaysia seharusnya nampak dan jangan hanya membisu bila kebangkitan rakyat mula menunjukkan penentangan mereka terhadap ISA. Setakat ini ISA di gunakan untuk menyepikan sebarang kritikan keatas kerajaan Malaysia. Kerajaan yang sedia ada tidak mahu di kritik dan sebarang kritikan akan dianugerahkan dengan beberap bulan sehingga beberapa tahun tempat perginapan percuma di semua resort penjara Malaysia.

Inilah dia kerajaan pengecut yang kita ada. Kerajaan yang tidak mahu menyedari bahawa suara Anwar Ibrahim adalah surat keramat dalam meniupkan semangat juang tuntutan REFORMASI.

Inilah dia program ke Kemunting anjuran SUARAM yang senantiasa gigih memperjuangkan hak rakyat dan pembebasan pemimpin rakyat Sdr Anwar Ibrahim.

Apakah kebangkitan rakyat ini tidak menyedarkan UMNO bahawa masa sudah hampir tiba untuk UMNO ketepi dan mengantikan dengan wadah perjuangan baru.

Lawan kita Lawan. Lawan sampai MENANG.

 

Komentar