Artikel 6

Kempen tanam pokok, Mahazalim turut turun padang. Apa helahnya?

Saya tergelak apabila lihat diktator Malaysia bersama dengan rakyat dalam kempen
menanam pokok secara besar-besaran baru-baru ini. Sudah jelas betapa desperate
orang tua ini yang cuba menagih simpati dan mengambil hati rakyat. Dia tahu yang
dia ini semakin dipinggirkan oleh rakyat. Dengan bakat lakonannya yang tiada
tandingan di planet bumi dan sifatnya tidak tahu malu, dia paksakan diri untuk
cuba mendekati dan beramah mesra dengan rakyat. Oleh itu jangan hairan apabila
melihat dia yang terpaksa meluangkan masa beramah mesra dalam aktiviti seperti
bergotong-royong, bersenam beramai-ramai, menjaga kebersihan dan lain-lain.

Walaupun pilihan raya umum masih jauh lagi, ia jelas menunjukkan yang diktator
ini tidak senang duduk, mandi tak basah dan tidur tak lena. Dia perlu cari jalan
bagaimana mahu mengambil hati rakyat. Memang tidak hairan belanjawan 2001 adalah
belanjawan adalah satu idea yang baik kononnya menjaga kepentingan rakyat. Bagus
juga, rakyat dapat juga sedikit sebanyak faedah dari belanjawan 2001. Tetapi
belanjawan itu tidak dapat mengubati kekecewaan dan ketidakpuashatian rakyat
terhadap Mahazalim. Belanjawan 2001 adalah seperti gula-gula yang diberikan
kepada rakyat dengan tujuan untuk menutup mulut rakyat. Oleh itu AWAS!  rakyat
jangan mudah terpengaruh dan termakan budi baik kerajaan.

Apa yang sebenarnya yang rakyat mahu ialah melihat Mahazalim berundur. Rakyat
kempunan habis melihat rakan seperjuangan mereka menyanyi dan menari di jalan
raya meraikan kejatuhan diktator Milosevic dan Suharto. Apabila Mahazalim jatuh,
sudah tentu rakyat akan berpesta sampai berbulan-bulan lamanya. Tiada gunanya
Mahazalim dan BN mengambil hati rakyat. Kemarahan rakyat tidak boleh dibuat
gurau senda. Apa yang cuba dilakukan oleh kerajaan adalah sia-sia. Pembasmian
rasuah adalah sandiwara yang bodoh. Semuanya adalah tipu dan rakyat tidak akan
percaya selagi ikan jerung seperti Mahazalim, Rafidah, Eric Chia dan lain-lain
tidak ditahan oleh Badan Penjaga/Pelindung Rasuah. Segala-galanya sudah
terlambat buat kerajaan untuk membetulkan keadaan. Tiada maaf bagimu. Enough is
enough.

LTL