KEMELUT KEADILAN SELESAIKAN SEGERA

 

oleh: Fardos Leh
(complete)

KUSUT, CELARU, MARAH, LETIH DAN KECEWA. JIKA DISINGKAP PERASAAN SESETENGAH AHLI KeADILan, mungkin inilah jawapannya. Masalah KeADILan kelihatan kian meruncing, walaupun pemimpinnya tidak pernah menggambarkan demikian. Bermula dengan kritikan pedas dan kempen tafakur webmaster reformasi, perletakan jawatan Marina, polemik penggabungan dengan PRM, serangan dan drama tuduh menuduh oleh penulis-penulis, sehingga kini nampaknya kekeliruan ini masih belum reda.

Ditambah pula dengan satu tulisan dalam Laman Reformasi (mahazalim) yang melemparkan tohmahan bahawa 'segala-galanya berpunca dari JIM'. JIM dibelasah teruk. Dikata dengan bermacam-macam label, hampir-hampir mengalahkan tuduhan ke atas UMNO dan Mahathir. JIM dianggap parasit yang merosakkan KeADILan sebagaimana yang pernah cuba dilakukan ke atas ABIM dan PAS. Orang-orang JIM dalam KeADILan dianggap penghasut, perebut jawatan, batu api, orang yang bijak memperalatkan orang lain, dan dalang kepada webmasters yang mencetuskan konflik. Lebih jauh dari itu orang JIM dianggap sebagai 'hakikatnya cenderung kepada BN'

Tuduh-menuduh takkan menyelesaikan masalah. MUngkin sebahagian apa yang dikatakan ada benarnya, tetapi ia tak perlu diungkap dengan penuh tuduhan yang dibuat secara terbuka. Apa salahnya jika masalah ini diselesaikan melalui meja perundingan.

Pertamanya: KeADILan adalah parti yang istemewa. L:ahir dari kebangkitan rakyat. Rakyat bawahan dari pelbagai latar belakang yang kebanyakan bukan orang politik. Ia adalah simbol kebangkitan golongan pertengahan yang selama ini tidak menghiraukan sepak terajang politik. Mereka tidak terlibat secara langsung dengan politik kerana faktor kekangan kerja seharian menimbun, demi menjaga jawatan akibat tekanan politik pemerintah atau mungkin kerana tak berminat untuk berorganisasi. Tetapi mereka tetap anti kerajaan dan mendokong teguh perjuangan reformasi.

Apabila parti KeADILan muncul, maka budaya dan rentak perjuangan mula berubah. Sebelum ada parti, gerakannya adalah terbuka, melebar, tiada birikrasi, tiada mesyuarat yang membosankan, tida jawatan itu dan ini dan tiada politiking. Wakti tak ada parti, semua jadi penggerak, semua jadi pemimpin. Bila ada parti, maka perlulah ada organisasi, ada yang memimpin dan ada yang dipimpin. Dari peringkat nasional hingga ke cawangan. Perlulah ada birokrasi. Ada arahan dan kepatuhan. Tak guna ada parti kalau tak ada pemimpin, tak guna ada pemimpin kalau tak ditaati.

Masalahnya pemimpin adalah manusia. Ada lemahnya, ada silapnya. Maka pemimpin boleh dikritik. Tapi kritik mestilah dengan caranya. Bukan boikot dan serang secara terbuka. Kritik mestilah juga ikut saluran. Kalau saluran dah ditutup maka bermakna teruk sangatlah keadaannya. Tapi kalau yang nak mengkritik itu berada diluar parti maka dia akan mengkritik dari luar saluran. Jadi kalau yang mengkritik dari luar bermakna dia orang luar. Ada kritik kerana sayang,ada kritik kerana benci. Kalau kritik kerana sayang bermakna pengkritik itu sayang kepada parti. Kalau sayang kenapa duduk di luar? Masuklah dalam parti. Jadi ahli, penggerak dan seterusnya pemimpin. Lalu buatlah perubahan.

Ada yang kata 'tak ada parti lagi senang'. Ada benarnya. Tapi kewujudan KeADILan ada significantnya. Biar parti yang menjalankan tugas dan peranannnya. Reformasi tetap terus berjalan walau pun tak ada parti. Tak ada parti belum bermakna tak ada gerakan. Jadi yang mahu bergerak di luar parti teruskan. Tak perlu ganggu yang berparti. Parti pun tak perlu ganggu mereka jika mereka bukan ahli parti. Tapi kalau dah jadi ahli kenalah patuh kepada parti. Kalu nak bebas, keluar parti dan bereformasilah dari luar.

Memang betul tak ada parti belum bermakna tak ada gerakan. Tapi perlu diingat gerakan akan mati tanpa penyusunan dan perancangan. Jadi gerakan mesti ada organisasi. Organisasi mesti ada. Tapi tak semestinya organisasi itu parti. Pemimpin mestilah ada, juga tak semestinya pemimpin itu orang parti. Tapi pemimpin itu mestilah ada kualiti kepimpinannya. Mesti dikenali dan diketahui. Mesti ada wibawa dan ketahanan.

Keduanya: KeADIlan juga istemewa kerana ia didokong oleh pelbagai kumpulan masyarakat. Mereka adalah:
1. Bekas ahli UMNO
2. Ahli ABIM
3. Ahli JIM
4. Aktivis NGO
5. Golongan anti-establishment
6. Pengkagum Anwar

Setiap golongan punya idelisme dan pendekatan tersendiri. Mereka boleh bersatu dalam beberapa perkara tetapi tetap ada perbezaan dalam banmyak perkara. Perbezaan ini tidak tertonjol pada peringkat awal penubuhan. Masing-masing bersemangat, mahu berpadu tenaga, mahu hancurkan Mahathir dan BN, mahu bebaskan Anwar, mahu menang pilihanraya. Maka bersatulah semua kelompok atas satu dasar keadilan dan kebenaran--satu asa penyatuan yang unggul. Bersatu juga di bawah satu kepimpinan DS Anwar--simbol perjuangan bersama.

namun apabila pertempuran sudah selesai dan DSAI masih terbelenggu fizikalnya, masing-masing cuba menonjolkan idelisme sendiri. Perasaan dan fikiran sendiri lebih diutamakan dari perjuangan. Kadang-kadang ada yang mahu menaikkan anggota kelompok sendiri dalam parti dan memijak kepala kelompok yang lain. Hal ini berlaku secara sengaja atau tidak sengaja.

Sepatutnya tak ada parti dalam parti. Jangan utamakan kelompok dari parti. Ingatan ini terutamanya kepada ahli JIM dan ABIM. Mereka punya fikrah perjuangan tersendiri. KeADILan ada idelisme, jemaah mereka pun ada idealisme. Di sini berlaku konflik. KeADILan ada kepimpinannya, jemaah pun ada kepimpinanya. Kalau mereka menjadi ahli KeADILan serentak juga ahli JIM atau ABIM atau mana-mana NGO, maka konflik akan muncul. Di sini punca kecelaruan. Ke mana ketaatan mereka; parti atau jemaah. Ke mana keutamaan mereka; parti atau jemaah. Ke mana solidariti mereka; parti atau jemaah???

Sewajarnya mereka membuat pilihan. Pilih satu sahaja. Barulah tak berlaku celaru dan keliru.

Ingatan khusus untuk JIM atau IRC. Sejarah anda mendedahkan segala-galanya. Dalam zaman ledakan maklumat ini, anda tak boleh sembunyikan peristiwa silam. Jangan malukan jemaah Islam. Jangan rosakkan imej Islam. Lupakan saja hasrat lama anda. Ramai yang tahu, anda bercita-cita tinggi. Menyatukan rakyat dengan anda menjadi pemimpinnya. Menjadikan semua pertubuhan dan jemaah berada di bawah anda. Hentikan kalau masih ada.( Sdr. Abu Urwah, sila beri penjelasan secara terbuka, jika tiada)Menu perpaduan anda sebenarnya racun perpecahan aktivis Islam selama ini. Jangan hidangkan pula kepada reformis. Kami tak rela menelannya.

Bila perparti, buatlah cara berparti. Jika inginkan perubahan kepada parti, lakukan dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan secara kolektif. Ingat, kadang-kadang kita merasakan kita betul tetapi tak semestinya betul. Kebenaran boleh dicapai dengan kesepakatan,dan perbincangan. Bila keputusan sudah diazami, maka perasaan sendiri perlu dikorbankan. Perjuangan bukan sahaja menentang kezaliman musuh tapi juga menghapuskan kedegilan nafsu amarah dan mengekang kesombongan sendiri.

Doakan moga bahtera KeADILan terus belayar bersama kebenaran dengan jayanya...