30-06-2001
Salam Reformasi,

KINI KOMENTAR KEMBALI BERBICARA SENDIRIAN. APAKAH ITU JUGA SATU KESALAHAN?

Perjalanan kita sudah hampir menjejaki 3 tahun. Kita masih lagi bergelutan untuk melepaskan diri dari sebarang tekanan yang dilemparkan keatas kita yang bergelar REFORMIS. Komentar sendiri terkadang tertekan dan terpaksa menyepikan diri buat sementara. Hari ini Komentar muncul dengan bentuk yang amat berbeza. Komentar muncul dengan "bicara sendirian". Bicara sendirian adalah pendapat peribadi Komentar berkenaan kemelut politik yang melanda kita hasil dari perbuatan yang tidak bermoral mereka keatas Sdr Anwar Ibrahim. Komentar sedar dan percaya ada antara rakan-rakan Komentar akan mengatakan Komentar sudah gila kerana mula menulis kembali dalam laman ini. Mereka, teman-teman Komentar sudah sedar akan risiko yang bakal di hadapi tetapi Komentar ingin bertanya kepada mereka yang sudah bersiap sedia memantau Komentar dan tidak teragak-agak untuk menahan Komentar " Apakah salah kalau Komentar ingin berbicara sendirian". Ini tidak menghasut tetapi hanya pandangan peribadi Komentar yang ingin Komentar sampaikan melalui tuliskan dan andai ada yang membacanya maka terpulanglah kepada mereka samada mereka mahu menerima atau tidak tulisan ini.

Sdr/sdri rakan semua,

Pelbagai cabaran telah Komentar lalui tetapi cabaran yang baru-baru ini benar-benar membawa Komentar ke persimpangan. Di selaputi dengan amaran-amaran pemerintah dan di selami dengan kedudukan kesihatan yang agak terganggu Komentar seakan terperangkap antara dua jalan - melepaskan perjuangan ini atau tetap meneruskannya sekadar terlarat dek badan. Akhirnya Komentar berdiri semula mahu tetap meneruskan perjuangan ini sungguhpun pasti akan tersangkut-sangkut siarannya akibat kesihatan yang kurang mengizinkan. Komentar akan teruskan dengan Bicara Sendirian dan semoga saya serta rakan-rakan mendapat hidayah dan pertunjuk sepanjang kita bersama-sama memperjuangkan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim.

Sdr/sdri rakan yang di hormati,

Komentar berdoa kehadrat illahi agar mereka yang masih tidak nampak kebenaran agar di beri petunjuk oleh Allah SWT agar sesama kita duduk memperjuangan reformasi dan pembebasan Sdr Anwar Ibrahim. Bagi mereka yang sudah tahu tetapi tidak mahu mengakui, mungkin ALLAH SWT sahaja yang dapat membalasnya kerana ingatlah, Allah tidak benar memungkiri janjinya pada umat manusia.

Pengakhiran kata,

Komentar berdoa agar mereka Parti Keadilan Nasional dan PRM dapat digabungkan untuk menjadi gabungan yang kuat dengan bantuan kepimpinan yang sudah teruji.

Bagi TANAH LAHIRNYA REFORMASI YAKNI KUALA LUMPUR, Komentar agar terkejut dengan penolakkan sdr-sdri keatas pergabungan tersebut. Mungkin benar kamu mempunyai hak memilih tetapi hendaklah kita akui bahawa antara kita belum masak berpolitik tetapi terasa sudah cukup masak untuk bangkit mempersoalkan cadangan Sdr Anwar Ibrahim dan saranan-saranan Sdr Ezam, Sdr Tien Chua, Sdr Lokman Noor Adam dan mereka yang masih merengkok di Kemunting akibat perjuangan ini mengenai betapa perlunya pergabungan tersebut.

Sekian PASTI AKAN KEMBALI

KOMENTAR