Oleh Ummu Natasya

 

Kisah Pak Lah dan Datin Hendon

 

TIMBALAN Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kini diserang penyakit “lebih suka main golf” dari bertemu dengan rakyat terbanyak.

Boleh dikatakan saban hari, dia mengarahkan Setiausaha Sulit Kanannya supaya mengaturkan “main golf” tanpa mengira di mana dia berada.

Ketika diundang merasmikan konvensyen Umno Negeri Johor di Batu Pahat bulan September lalu, dia sengaja memilih untuk merasmikan waktu petang, selepas bermain golf di sebelah pagi.

Terpaksalah Konvensyen Umno Negeri yang sepatutnya diadakan awal-awal ditangguh kerana melayan karenah Abdullah yang sudah mula “naik tocang” sejak menang secara percuma kerusi Timbalan Presiden Umno.

Satu lagi perkara yang berlaku kepada Abdullah ialah “perangai isterinya” yang memainkan peranan hebat kepada taikun-taikun. Pendek kata kalau ada orang hendak berniaga, tidak kira bidang apa, kenalah berhubung dengan Datin Seri Hendon Mahmud yang akan memainkan peranan untuk mempengaruhi sesuatu keputusan tender dan peluang perniagaan.

Tunjukkan apa sahaja kertas cadangan atau kerja-kerja sub yang hendak dibuat, Hendon akan mula mengangkat ganggang telefon dan bercakap dengan si polan si polan. Dia akan mengarahkan projek itu diberikan kepada orang-orang yang dikehendakinya.

Abdullah juga dikatakan cukup banyak wang sekarang kerana tauke ayam terkenal dari Johor, Dato’ Francis yang juga dapat peluang bawa buruh Bangladesh sering menghantar duit kepadanya, sebagai fund politik.

Tidak hairanlah kalau Dato’ Francis ketika mahu merasmikan ladang jagung di Johor, Abdullah sedia meluangkan masa untuk melakukannya.

Hebat sungguh pengaruh Dato’ Francis kepada Abdullah dan boleh dikatakan semua setiausaha Abdullah akan mengelilingi Dato’ tauke ayam ini jika dia berada di Kuala Lumpur.

Apa yang hendak diharapkan kepada Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno ini? Dia nampaknya diperalatkan oleh tauke-tauke Cina.

Kita tengok sejauh mana Abdullah boleh melangkah dalam politik nasional. Apakah dia akan terjun ke dalam lubuk atau dia akhirnya terpaksa merengkok dalam penjara kerana penyelewengan.

Tengok sahaja orang-orang di kelilingnya seperti Tun Daim Zainuddin yang semakin menguasainya, Tan Sri Khalil Yaakob dan Tengku Adnan Mansor yang sedaya upaya menguasai pemikiran dan tindak tanduk politik Abdullah.

Satu sumber memberitahu, Abdullah mahu memastikan beberapa Ketua Umno Bahagian di seluruh negara ditukarkan (ketika pemilihan tahun hadapan) bagi mengurangkan pengaruh Dato’ Seri Najib Tun Razak manakala beberapa pihak lain tidak bersetuju pertandingan tahun depan diteruskan kerana mahu menyelaraskan pertandingan cawangan, bahagian dan MT diadakan serentak mulai 2003.

Pertembungan pengaruh Abdullah dengan Najib nampak begitu ketara dan Abdullah sedang berusaha memastikan Najib kalah dalam pilihan raya akan datang setelah hanya menang dengan majoriti 241 dalam pilihan raya yang lalu.

Khabarnya Khalil dijadikan “kayu ai” untuk memastikan Najib terbakar di Pekan manakala Tengku Adnan dicadangkan bertanding di Titiwangsa, menggantikan Dato’ Seri Dr. Suleiman Mohamad yang kurang disenangi oleh Abdullah. (5)