KHAS UNTUK BULAN REFORMASI.
MAHATHIR@MAHAFIRAUN ADALAH PEMUSNAH BANGSA MALAYSIA
Tarikh 20hb.September.1998
adalah tarikh keramat untuk seluruh rakyat dan bangsa Malaysia yang mendokong
pergerakan “REFORMASI NASIONAL “ …20hb.Sept.1998 ini seorang insan yang bernama
ANWAR IBRAHIM dinobatkan sebagai tokoh dan pengasas REFORMASI NASIONAL….???
Namun pada tarikh ini jugalah ANWAR IBRAHIM telah dilebamkan oleh seekor anjing
suruhan Mahathir@Mahafiraun yang
bernama RAHIM NOR….??? Perjuangan REFORMASI NASIONAL DAN ISLAH benar-benar
menggerunkan dan menakutkan Mahathir@Mahafiraun
dan berhala UMNO@BN ….???
Sehingga hari ini bulan
September, 2000 telah muncul kembali…dan telah 2 tahun ANWAR IBRAHIM menjadi
tahanan politik paling lama di Malaysia…terpenjara 15 tahun di Sungai Buluh
oleh mahkamah Mahathir@Mahafiraun
…..??? kini rakyat dan bangsa Malaysia masih lagi menunggu sinar mentari pagi
di ufuk timur menjelma….walau pun dua negeri di timur Malaysia Barat bawah
kepimpinan Ulamak…??? Namun begitu Mahathir@Mahafiraun
masih bermaharajalela di muka bumi Malaysia ini….??? Apakah setelah 2 tahun
kita semua membiarkan dia menyeksa ANWAR IBRAHIM di Sungai Buluh….kita masih
tidak mampu mencari jawapan dan jalan penyelesaianya….??? Apakah kita masih
lena dan dibuai mimpi akibat diperbodohkan oleh Mahathir@Mahafiraun dan patung UMNO@BN serta juak-juaknya….???
Rakyat dan bangsa Malaysia
bagaikan mendapat satu kuasa ajaib pada 20hb.September.1998…kerana berani
bangkit dan menzahirkan penentangan terhadapa rejim Mahathir@Mahafiraun , ini adalah kerana
karisma dan kepimpinan ANWAR IBRAHIM sebagai seorang tokoh REFORMASI NEGARA
benar-benar meresapi jiwa rakyat dan bangsa Malaysia…. inilah yang menyebabkan Mahathir@Mahafiraun sendiri takut dan
benar-benar kecut perut…walau sesaat ANWAR IBRAHIM dibebaskan dari penjara,
akan luruhlah segala kekuatan dan ilmu yang ada pada Mahathir@Mahafiraun ….??? Secara sah dan
benar…untuk berhadapan dengan ANWAR IBRAHIM dimahkamahpun Mahathir@Mahafiraun telah menjadi
gementar dan takut ….?? Inikan pula nak membenarkan ANWAR IBRAHIM bebas di muka
bumi Malaysia ini….??? Kini kita boleh melihat walaupun ANWAR IBRAHIM
terpenjara… Mahathir@Mahafiraun pun
masih gagal untuk menyakinkan dan mempengaruhi rakyat dan bangsa Malaysia yang
apa dia perkatakan adalah benar…..sehinggakan rakyat dan bangsa Malaysia
sendiri melebelkan Mahathir@Mahafiraun
sebagai pengarah sandiwara terbaik negara……???
Mahathir@Mahafiraun kini benar-benar
menjadi kalut dan tak keharuan….??? Sehingga ia sanggup untuk menumpukan
perhatianya kepada patung-patung UMNO@BN dan
sanggup menyerahkan tugas mentadbir negara kepada Pak Lah Badawi….ini adalah
fakta yang kukuh dan benar…..mendiang UMNO@BN cuba
dihidupkan oleh Mahathir@Mahafiraun
…sebagai mana tindakan FIRAUN dan HAMMAN sewaktu berhadapan Nabi Musa A.S, kini
Mahathir@Mahafiraun benar-benar
desperate dan menagih simpati dari orang Melayu yang beragama Islam……walaupun
dia sendiri mengatakan “ Sembahyang 5 waktu itu boleh ditnggalkan sekiranya
seorang itu sakit atau uzur “..mengikut mazhab Mahathir@Mahafiraun …??? Dan dengan
mengunakan tentera JAKIM…. Mahathir@Mahafiraun
berharap ia boleh memesongkan dan menukar minda orang Islam di Malaysia….???
Sebagai pengikut dan penyembah patung-patung UMNO@BN
…..??? dia pasti tak akan melepaskan seorangpun mana-mana orang Islam yang
telah dipengaruhi dan ditukar mindanya…..??? yang pastinya dia ini memang
laparkan dan kehausan untuk memusnahkan rakyat dan bangsa Malaysia…sehingga ia
sanggup memusnahkan kehidupan ANWAR IBRAHIM dan keluarganya. Apakah kita masih
mampu untuk makan dan minum…..bahawa ANWAR IBRAHIM masih terpenjara di Sungai
Buluh….adakah salah MAK YAN melahirkan ANWAR IBRAHIM didunia ini….adakah PAK
IBRAHIM salah mendidik ANWAR IBRAHIM…..atau salah rakyat dan bangsa Malaysia
masih memilih sebagai ketua negara sekarang….???
Apakah kita tidak pernah
merasa bersalah dan berdosa kepada Mak Yan, Pak Ibrahim, Kak Wan Azizah dan
anak-anak…kerana masih tidak mampu untuk membebaskan ANWAR IBRAHIM….apakah
sememangnya kita masih menuggu waktu dan ketika yang sesuai untuk membebaskan
tokoh REFORMASI ini…..??? atau kita memang tidak mampu dan gagal dalam misi
yang telah diamanahkan oleh ANWAR IBRAHIM…..kita wajib muhasabah dan menilai
diri kita semula….apakah sumbangan kita telah sampai ketahap maksima dalam
mempertahankan ISLAM & ISLAH serta REFORMASI TOTAL kearah Malaysia Yang
Adil yang berpaksikan Al-Quran dan
Al-Hadis.
Telah 2 tahun….tokoh-tokoh dan
pejuang REFORMASI mengembeling tenaga, idea, masa dan kewangan untuk memastikan
gerakan REFORMASI TOTAL ini mencapai matlamatnya….namun begitu Allah s.w.t maha
mengetahui dan maha pemberi…..arus REFORMASI masih hangat dan panas sehingga
hari ini….walaupun ada sebilangan kecil telah menjadi pembelot dan penjilat
kepada patung-patung UMNO@BN dalam memenuhi nafsu
serakah mereka….?? Apakah telah kering dan ketandusan idea dan tenaga kepada
pejuang-pejuang REFORMASI ini…atau masih mampu untuk meneruskan perjuangan yang
ikhlas lagi tulen ini sehingga mencapai matlamatnya….??? Ingatlah pesanan ANWAR
IBRAHIM “ Jangan bicara soal perjuangan, jika takut menghadapi risiko “……” Biar
jasad terpenjara, namun jiwa dan
semangat masih bebas diluar sana “ …..dua kata-kata keramat ini menjadi
pendinding dan pembakar jiwa tokoh-tokoh serta perjuang REFORMASI
NASIONAL…..kita bukanya inginkan peperangan tapi kita inginkan perubahan secara
total dan jujur dalam segala segi di negara yang kita cintai ini.
Halangan demi halangan akan
dirancang oleh Mahathir@Mahafiraun dan
juak-juaknya….dalam memastikan bumi bertuah Malaysia ini difaraitkan kepada
juak-juaknya…??? Dan ini adalah cabaran utama pendokong REFORMASI….dan menjadi
satu tanggung-jawap kepada rakyat dan bangsa Malaysia untuk membebaskanya dari
cengkam Mahathir@Mahafiraun dan
patung-patung UMNO@BN …..??? Apakah kita hanya
mampu menadah tangan kehadrat illahi memohon pertolongan….tanpa melakukan
perubahan melalui kuasa rakyat…kuasa keramat….???
Kini kita akan meninggalkan
September, 2000 dengan penuh kenangan pahit….??? Dan September, 2001 terus
mengamit kita semua….??? Apakah saban tahun kita menunggu kedatangan September
ini…..atau kita mengharap Mahathir@Mahafiraun
dan juak-juaknya mengaku kalah serta menyerahkan kuasa kepada rakyat
marhain…..Oh !!! Tak Mungkin…??? Adalah telah terbalik dunia ini jika Mahathir@Mahafiraun dan juak-juaknya
mengaku kalah secara bacul……??? Mahathir@Mahafiraun
akan mempertahankan kitab Delema Melayu sehingga keakhir hayatnya…..walau
dikerat 18 pun Mahathir@Mahafiraun
tidak akan meninggalkan mazhab Mahathir@Mahafiraun
yang bertuhankan patung-patung UMNO@BN ….!!!
Wahai rakyat dan bangsa
Malaysia….jangan kita menunggu September, 2001…ia pasti datang….. dan pada
20hb.September,2001….kita semua akan menyaksikan ANWAR IBRAHIM berdiri dianjung
Masjid Negara tepat jam 4.00 petang untuk menyampaikan ucapan perasmian ulang
tahun ke 3 Gerakan REFORMASI….dengan kehadiran jutaan rakyat dan bangsa
Malaysia….kita akan limpahkan bumi Kuala Lumpur dengan lautan manusia…. dan
kita akan jadi FRU dan SB sebagai pelindung rakyat marhain…..??? Lambaian
Dataran Merdeka benar-benar mengamit….satu jamuan rakyat marhain akan diadakan
pada 20hb.September.2001, anjuran ANWAR IBRAHIM, WAN AZIZAH & ANAK-ANAK,
PAK IBRAHIM, MAK YAN, PAK WAN ISMAIL dengan seluruh pendokong gerakan REFORMASI
serta rakyat jelata sebagai tetamu jemputan.
“ Hidup Islam, Hidup
Reformasi, Islah, Islah, Islah kearah Malaysia Yang Adil “
“ RAKYAT YANG DI JAJAH OLEH UMNO@BN “
( 24HB.SEPT.2000)