KOMENTAR

Salam Reformasi
1-03-2001

SATU PETANG DI HARI SABTU

Rasa kekok pula petang ini. Berjalan dan melihat hadapan Sogo lebih penuh dari biasa. Maklumlah masuk hari ini sudah 2 Sabtu Komentar berjalan-jalan di sini. Sabtu lepas riuh dengan sorakan rakyat khususnya golongan mahasiswa dan pelajar. Minggu ini tidak seperti minggu sudah. Ramai rakyat tetapi sorakan sesekali sahaja terdengar. Kenapa ya? Apa sebabnya petang Sabtu ini kurang sedikit teriakan mereka. Ada yang cuba menarik kembali "crowd" untuk memulakan usaha mendesak kerajaan untuk menurunkan Mahathir dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi hanya sedkit sahaja yang "participate". Mana salahnya? Komentar cuba mengimbas kembali apakah seruan panggilan Demo Petang Sabtu kali ini. Tidak ada rasanya yang salah. KOMENTAR menulis dan menyeru semua rakyat tidak kira klasifikasi keturunan, harta atau apa sahaja , asalkan bergelar rakyat Malaysia untuk hadir menunjukkan sokongan. Rasanya rakan Web Master lain juga turut memaklumkan perkara yang sama. Laman Reformasi Mahazalim, Pemantau, Web Reformis dan beberapa web site lain juga menyeru semua rakyat untuk hadir. Tetapi kenapa berbeza kali ini? Mungkin,mungkin juga kerana minggu sudah ada lapuran polis. Kepimpinan hadir dan ditambah dengan panggilan Sabtu maka ramai turun untuk menyuarakan seruan reformasi. Ezam dan Mahfuz hadir dan dengan itu ramai turut hadir menyaksikan nostalgia Demo Petang Sabtu. Sempatlah berarak sehingga ke Dataran Merdeka.

Sungguh bererti sekali pada Sabtu tersebut. Berbeza pada Sabtu ini kerana sungguhpun panggilan adalah untuk rakyat yang cintakan keadilan, mahu menghapuskan kezaliman dan memastikan Anwar Ibrahim bebas tetapi beberapa sektor rakyat sahaja yang hadir. Kepimpinan parti dan kepimpinan reformasi tidak hadir. Kalau ada pun seorang dua  yang hadir tetapi hanya untuk menyaksikan kekuatan DPS dan membiarkan rakyat  yang hadir terpingga-pingga untuk mengetahui program selanjutnya, apakah erti kehadiran mereka? Bersurailah Demo Petang Sabtu dengan jeritan yang tidak seberapa kerana laman-laman Web salah membuat utusan panggilan.

Kita sepatutnya menulis cara lain untuk menjemput rakyat hadir pada kali ini :-

Semua rakyat yang cintakan keadilan dan mahu menghapuskan kezaliman perlu hadir untuk menuntut reformasi

Semua kepimpinan tertinggi dalam parti yang mahu menghapuskan kezaliman perlu hadir demi menuntut jak kebebasan bersuara.

Kalau hanya rakyat di panggil masakan kepimpinan mahu hadir. Jesteru itu sedarlah program Sabtu adalah program rakyat bagi kita yang mahukan perubahan. Buangkan tag kepimpinan dan hadir sebagai rakyat biasa. Apa lah erti jawatan andai sokongan tiada.

 

Komentar