Oleh Ummu Natasya

ummu_natasya@hotmail.com

 

Yahaya Ismail Belasah MB Kedah?

 

PEJABAT Menteri Besar Kedah betul-betul “kecoh” dikerjakan Yahaya Ismail, penulis upahan terkemuka masa kini.

Selepas satu isu akhbar Bebas memuji-muja Menteri Besar, Dato’ Seri Syed Razak Syed Zain, isu berikutnya, dia bantai habis Syed Razak. Apa sebabnya? Inilah tektik Yahaya Ismail.

Dia mahu menunjukkan bahawa dia tidak menerima habuan dari Syed Razak dan dengan sebab itu, dia boleh tulis sesuka hatinya.

Surat bekas Exco Kerjaan Negeri Kedah, Dato’ Abdullah Hasnan Kamaruddin kepada Syed Razak mengesahkan kepada kita semua siapa Yahaya Ismail sebenarnya. Saya sudah menulis mengenai Yahaya sebelum ini dan sila rujuk tulisan berkaitan.

Khabarnya, Yahaya Ismail tidak seronok betul dengan tulisan-tulisan di dalam Laman-laman Reformasi dan ditambah lagi dengan surat Abdullah Hasnan itu, menyebabkan dia melenting dengan menghentam Syed Razak pula.

Dalam senyap-senyap, dia sudah hantar ‘wakil’ minta Setiausaha Politik Syed Razak, Abd Wahab Din bayar dengan dia lagi RM15,000 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu Sahaja) untuk memberhentikan serangan itu. Yahaya dikatakan sedang menyiapkan satu tulisan bertajuk Siapa Selepas Syed Razak di Kedah.

Tulisan ini dikatakan dalam proses cetak tetapi akan dihentikan jika ada habuan. Inilah dia kisah Yahaya Ismail, yang mendakwa dirinya penulis bermaruah dan penulis yang ada kredibiliti.

Kerjanya menulis memfitnah orang dan kemudian mengungut orang itu dengan “sejumlah” habuan. Jika berjaya, tulisan itu akan diperbetulkan dan jika tidak, terus menerus dia akan membelasah.

Dulu, dia buat buku “bantai” habis Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Dia mendapat habuan dari Tun Daim Zainuddin. Daim bagi dia duit melaui Dato’ Mustapa Mohamed. Tidak kurang dua atau tiga buku ditulisnya dengan bahasa-bahasa “sintuk limau” untuk memburuk-burukkan Dato’ Seri Anwar.

Dia puji Ummi Hafilda Ali. Dia puji Dr. Mahathir Mohamad dan dia puji sesiapa sahaja yang sanggup memaki hamun Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Bukunya dijual secara pukal. Ada YB yang beli kerana “YB itu kononnya mendakwa” dia juga menjadi mangsa Anwar ketika Anwar jadi Timbalan Presiden Umno. Nantinya, selepas sebulan dua, Yahaya akan berurusan lagi dengan YB ini untuk menulis lagi buku yang memaki hamun Dato’ Seri Anwar dan memuji YB yang memberinya habuan itu.

Yahaya Ismail sudah cukup rosak dengan profesioannya. Dia menggunakan kebolehan yang dia ada untuk mencari “makan” secara tidak profesional. Dia tahu, buku tulisannya tidak akan laku di pasaran. Cara terbaik untuk mencari wang ialah dengan “menjadi penulis upahan”.

Yahaya khabarnya tidak seronok dengan “rahsia” perundingannya bersama Syed Razak terbocor. Macama mana Laman-laman Pro Reformasi boleh tahu akan perkembangan itu dan siapakah yang menghebahkan cerita dia mendapat habuan sekitar RM20,000 itu. Khabarnya dia juga sudah mula mencurigai budak Kahar yaakob bekas wartawan sambilan Warta Perdana yang mula-mula menemukannya dengan Syed Razak.

Kita tunggu, apa tindakan Yahaya selepas ini. Apakah jadi tulisannya bertajuk Siapa Selepas Syed Razak diterbitkan. Kalau diterbitkan, mungkin Yahaya beranggapan bahawa “namanya” sudah dibersihkan kerana itu boleh menafikan dia dapat habuan. Tetapi permainannya selepas itu, mungkin ada lagi dan kita kena tengok.

Yahaya Ismail akan kekal sebagai Yahaya Ismail. Satu ketika menjadi “jurutulis” Semangat 46 dan satu ketika menjadi penjilat Dr. Mahathir yang cukup mahsyur!(UM).