KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

14.06.2000

Salam Reformasi

 

DIMANA PERIKEMANUSIAN POLIS KITA

 

Manjeet Singh memaklumkan kepada mahkamah bagaimana anak guamannya diperlakukan sewaktu dalam tahanan. Apakah kita masih tidak percaya kepada keganasan polis? Apakah yang diperlakukan oleh Sdr Munawar sehinggakan beliau didera begitu sekali? Apa sebenarnya difikiran polis kita sewaktu menjalankan penderaan ?. Apakah Sdr Munawar seorang penjenayah yang hebat dan telah membunuh beratus manusia sehinggakan beliau didera dan dimalukan ? Inilah kerakusan kuasa dan kerakusan ini menyebabkan kita lupa antara perikemanusiaan dan kezaliman. Apakah yang terjadi pada Munawar tidak berlaku pada Sukma? Apakah tidak nampak revelan antara keganasan polis terhadap Munawar dengan kes Sukma yang kedua-duanya diminta memfitnah Sdr Anwar. Apakah rintitan dari situ tidak nampak satu senario konspirasi yang terancang ?

Rakyat Malaysia,

Perancangan mereka akan terbongkar. Sedikit demi sedikit,biarpun dihalang oleh Augustine Paul semasa kes tohmahan rasuah mahupun Arifin Jaya semasa kes tohmahan liwat , kerja jahat Mahathir dan kuncunya terselongkar juga. Inilah yang kita tentang. Ini bukan resam mahupun budaya kita. Ini bukan tuntutan Islam.

Rakyat Malaysia,

Yang nampak,yang sedar, yang tahu dan yang mahu perubahan. Perjuangan harus diteruskan dan sematkan dihati nurani saudara-saudara sekelian bahawa suatu masa nanti kita akan merdeka dari kepemerintahan kuku besi Mahathir.

 

Komentar