KOMENTAR

GERAKAN REFORMASI RAKYAT

15.06.2000

Salam Reformasi

 

MEREKA BERBUAL TENTANG DESAKAN .

 

Sebenar tadi Komentar sempat menghadiri perjumpaan kecil bersama beberapa mereka yang sudah melalui kekejaman polis, memakan makanan sisa di Lokap beberapa minggu, di buru dan kini berkumpul untuk bercerita tentang apa langkah yang harus kita ambil atas kenyataan Shafee Yahaya. Ada antara yang hadir sempat membawa berita-berita dari internet bagi diberi kepada rakan yang tidak mempunyai kemudahan internet. Sungguh tinggi semangat perjuangan mereka. Mereka hadir membicarakan apakah langkah kita cukup dengan hanya mengecam melalui media tindakan Mahathir yang mencampuri urusan BPR . Kita bukan hanya perlu membuat aduan polis tetapi kita harus hadir untuk menggesa tindakan diambil keatas Mahathir kerana menyalahguna kuasa. Kita mesti desak kalau tidak Mahathir akan tetap bebas dengan kesalahan-kesalahannya. Antara mereka ada yang menyarankan, apa kata kita telepon Ezam (Ketua Pemuda keADILan) dan meminta gabungan Pemuda Alternatif turun membuat desakan dijalanan agar satu tindakan dibuat keatas Mahathir. Pemuda Altenatif harus bangun dan menghantar memorandum kepada Badan Pencegah Rasuah dan kita harus desak supaya mereka tidak leka bermain dengan perundangan. Salah satu cadangan yang timbul pula ialah “apa kata kita buat reformasi jalan Sabtu ini”. Kita minta semua kepimpian Alternatif hadir menunjukkan sokongan dan sekali gus memberi tekan agar Mahathir dibawa kemuka pengadilan. Semangat sungguh mereka ini setimpal dengan semangat mereka yang berkobar-kobar untuk hadir ke Perhimpunan Agung keADILan.

 

Sehabis berbual maka mereka mengumpulkan wang masing-masing untuk membayar minuman yang diteguk hasil diskusi sesama yang hanya membawa kepada mimpi untuk malam itu sambil menamtikan bila agaknya desakan itu akan dibuat. Mungkin selepas mereka bermesyuarat kot.

 

Komentar