KOMENTAR

PARTI KEADILAN RAKYAT MALAYSIA

Agak terkejut juga Komentar menerima berita bahawa usaha untuk meneruskan perbincangan percantuman/pergabungan antara PRM dengan keADILan masih diadakan. Percantuman biar apa pun panggilannya akan lebih menguatkan kita dalam usaha menuntut kejayaan demi mengadakan Malaysia yang lebih ADIL dan MAKMUR. Komentar menerima berita bahawa usaha ini masih diteruskan dan beberapa cadangan bagi menyiapkan kertas kerja berhubung dengan percantuman itu sedang dilaksanakan.

Komentar pada asalnya agak terkilan kerana nasihat Sdr Anwar Ibrahim bagi mengadakan satu gabungan mantap antara PRM dan keADILan tidak di ambil serius oleh keADILan. Pihak PRM pada perhimpunan Agung mereka tahun lalu sudah mendapat mandat dari ahli untuk menerima cadangan Sdr Anwar Ibrahim dalam isu ini. Sungguhpun begitu keADILan masih belum memberi sebarang kepastian.

Komentar berharap pada tahun ini gabungan mantap itu dapat dilaksanakan dan dari apa yang Komentar tahu ialah nama baru keADILan MUNGKIN adalah Parti Keadilan Rakyat Malaysia.

Komentar juga ingin menyeru agar kepimpinan di peringkat bahagian keADILan sedar bahawa idea Sdr Anwar Ibrahim adalah satu usaha untuk menguatkan lagi Barisan Alternatif dalam kita menentukan agar Agenda Rakyat menjadi perjuangan kita.

Pesanan Komentar ialah Jangan Takut Kehilangan Jawatan setelah bergabung. Jawatan itu tidak penting, yang penting adalah kekuatan kita untuk terus bertahan dengan memperjuangkan agenda rakyat dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim.

 

KOMENTAR