DARI MELAYU LAMA

Dipetik dari ADIL-NET EGROUP

 

Salam hormat pembaca budiman.

Pada 15 September 2000 (Jumaat) saya ke stadium Kuala Kubu Baru.
Tujuan saya untuk berjumpa rakan saya seorang AJK UMNO Bahagian.
Disamping itu ada sambutan kemerdekaan peringkat daerah.Tentu saya
banyak mendengar cerita dari Hulu Selangor.

1) Semasa perbarisan akan bermula terdengar olih saya pengumuman
   olih saudari pengacara menyatakan Kontijen UMNO masih tidak
   ada di padang perbarisan.Keanggotaan seramai seratus orang.
   Pada pandangan saya hebat juga UMNo Hulu Selangor ini.Agak
   terkejut saya bila menyaksikan keangotaan perbarisan UMNO jauh
   dari pengumuman yang di buat.Lebih malang lagi jika di bandingkan
   dengan penyertaan dari MCA , MIC dan GERAKAN.Kemana pergi ahli
   UMNO Hulu Selangor yang begitu ramai.Mungkin merika segan untuk
   berbaris atas nama UMNO sekarang ini.Ketua dan Timbalan Ketua
   Bahagian juga tidak ada pada hari tersebut.Dengar khabar pergi
   makan angin ke AUSTRALIA.Ketua-ketua MCA , MIC dan GERAKAN ada
  pula.Mungkin ini satu sebab ahli tak berbaris kerana ketua merika
   tidak ada untuk menerima tabik hormat.

2) Berita kedua yang saya dengar , seorang ketua cawangan juga
   merupakan ketua kontijen UMNO pada hari tersebut telah membuat
   perubahan di tempat beliau.Ketua UMNO Cawangan ini telah berjaya
   merombak Jawatan Kuasa Surau di cawangan beliau.Yang paling geli
   hati saya adalah senarai AJK Surau di kemukakan olih beliau
   sendiri.Ada yang tidak ke surau pun di jadikan AJK.Imam lama
   dan pengerusi di katakan mirip pembangkang.
     Yang aneh pula pemuda cawangan beliau terbiar begitu saja.
   Walau pun masih muda ,menjadi ketua cawangan kerana ahli-ahli
   tidak hadir mesyuarat tempuh hari.Cawangan ini tidak membuat
   mesyuarat WANITA dan PEMUDA dulu , cuma teus mesyuarat CAWANGAN.
   AJK cawangan pula sampai kini masih berterabur.

beginilah corak UMNO waktu kini .....