KOMENTAR

 

Salam Reformasi

17.09.2000

 

APA SEBENARNYA KATA FATHI ARIS OMAR (MALAYSIAKINI) DALAM ARTIKEL JANGAN TERSEPIT ANTARA BN DAN BA.

 

Komentar secara ikhlas baru sahaja mendalami tulisan Fathi Aris Omar yang terpamer di merata Laman Web Pro Reformasi. (KLIK UNTUK MELIHAT ARTIKEL FATHI ARIS) Artikel Jangan tersepit antaran BN dan BA mempunyai banyak pengertian sekiranya di baca secara kritis. Apa yang menarik perhatian KOMENTAR adalah pandangan Fathi Aris terhadap pengamatan politik yang nyata sepit dan tidak kritikal sesetengah pihak baik dari BN mahupun dari BA.

 

Petikan beliau yang yang catat disini adalah :

 

Bagi sesetengah aktivis pembangkang pula, tidak bersama BN atau BA, sebenarnya bermakna menyokong kerosakan, kepincangan dan kebusukan BN! Malah, berpunca daripada kesongsangan baru ini, mengkritik kelemahan BA juga bermakna memberikan kekuatan kepada BN.

 

Petikan di atas memang berlaku pada aktivis BA. Bagi mereka, mengkritik kelemahan BA juga bermakna sudah mengadaikan perjuangan. Keadaan ini sekiranya dibiarkan menular akan hanya menyebabkan kepimpanan BA ghairah dengan alasan perjuangan lantas bertindak riak terhadap kebenaran yang di bawa mereka sungguhpun kepimpinan mereka menyimpang dari jalan kejayaan yang sebenarnya. Bagi Komentar menyorokkan kelemahan kepimpinan BA dan tidak berani mengkritik mereka umpama dosa yang kita lakukan terhadap kemajuan dan perkembangan parti pembangkang dalam usaha menjayakan agenda rakyat.

 

Sebelum ini Komentar lantang mengkritik Parti Keadilan Nasional dan setiap kritikan Komentar di hadiahkan kutukan oleh mereka yang tidak kritis dan tidak memahami senario keseluruhan. Parti Keadilan Nasional sendiri memutuskan LINK terhadap Komentar sebagai balasan kepada kritikan terhadap beberapa kepimpinan parti. Lantaran dari itu semua Laman-Laman yang mempunyai hubungkait dengan Parti Keadilan Nasional turut memutuskan LINK terhadap Komentar. Paling baru adalah FREE ANWAR CAMPAIGN juga bersikap prajudis dengan mengelakkan dari mengadakan LINK capaian kepada KOMENTAR atas sebab-sebab yang serupa yakni mengkritik kepimpinan.

 

Mungkin ini yang dimaksudkan Fathi Aris dalam kenyataannya. Satu lagi kenyataan Sdr Fathi berbunyi:

 

Walaupun budaya politik BN dikecam oleh BA tetapi kebusukan dan kesongsangan baru ala BN ini menyerap juga ke dalam pakatan pembangkang itu, cuma kali ini melalui pintu belakang.

Berselindung di sebalik ungkapan "musuh bersama," "kebijaksanaan strategi," "perjuangan menegakkan keadilan" atau "padang permainan yang tidak rata," maka semua orang yang kritis dan sedar kononnya harus sentiasa menjadi pengikut setia BA. Sebetulnya bermaksud, jangan mengkritik pemimpin, gelagat parti dan membuka pekung pembangkang.

Mengelakkan dari Laman mereka mempunyai capaian ke Laman Komentar bukanlah satu halangan bagi Komentar dalam memperjuangkan kebenaran. Komentar akan terus bertindak memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman disamping mengkritik sekiranya perlu demi kepentingan bersama.

Tulisan Fathi Aris di akhiri dengan:

Lebih malang lagi, jika rakyat terlepas dari mulut harimau BN, masuk pula ke mulut buaya BA. Jangan lagi orang Melayu mewarisi celaka si "Lebai Malang."

Fathi Aris Omar
25 Ogos 2000

Dan bukankah ini satu kebenaran?

Bagi Komentar Fathi Aris Omar sudah nampak tetapi masih berhalus dalam kenyataannya. Bagi yang tahu budaya buruk BN sudah ada yang masuk kedalam BA melalui pintu belakang.

Siapakah mereka?

 

KOMENTAR

Bebaskan Anwar Ibrahim