Artikel

Abdul Aziz jadi kambing hitam UMNO

Perletakan jawatan Naib Pemuda UMNO bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Parti purba itu menjadi sasaran kerana parti purba itu merupakan salah satu punca kekalahan Barisan Nasional. Setelah UMNO membuat kajian atau post-mortem kekalahan Barisan Nasional, mengikut amalan biasa, sudah tentu ada orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung kekalahan Barisan Nasional yang amat memalukan.

Abdul Aziz berkata dia turut bertanggungjawab di atas kegagalan UMNO kerana dia diberi tugas penting dalam kempen pilihan raya kecil Lunas. Sebab itu dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang telah dipegangnya selama 6 bulan. Bunyinya memang sedap didengar seolah-olah dia meletakkan jawatan secara sukarela. Baguslah kalau Abdul Aziz meletakkan jawatan secara sukarela tetapi kita orang semua tahu, sudah pasti perkara ini tidak mudah seperti disangka. Kemungkinan besar surat perletakan jawatan Abdul Aziz akan diluluskan oleh Dr Mahathir.

Abdul Aziz tidak boleh berbuat apa-apa kalau parti purba itu menyuruh dia meletakkan jawatan kerana kita orang semua tahu Abdul Aziz melakukan sesuatu yang dia tidak sepatutnya lakukan. Abdul Aziz ingin jadi hero dan mahu berbakti kepada Boss parti purba Dr Mahathir. Maka dengan beraninya dia mengetuai kumpulan Pemuda UMNO dalam perhimpunan haram di luar bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor meminta kumpulan Suqiu memohon maaf secara terbuka kepada UMNO.

Saya ada terbaca dalam akhbar yang mengatakan poster mengenai Abdul Aziz berkelakuan biadap terhadap Suqiu telah diletakkan di tempat yang strategik. Orang Cina yang melihat poster itu sudah tentu marah kepada Abdul Aziz dan Barisan Nasional. Perbuatannya yang bodoh backfire kepada parti purba UMNO dan Barisan Nasional yang akhirnya mengakibatkan kekalahan BN. Memang bijak BA mengeksploitasi kesilapan bodoh Abdul Aziz.

Inilah gara-gara Abdul Aziz yang mahu berlagak pandai, akhirnya perbuatan bodoh memakan diri sendiri. Ia memberi pengajaran kepada Abdul Aziz dan lain-lain, tak semestinya Dr Mahathir akan menghargai atau appreciate apa yang telah dia lakukan. Apabila Dr Mahathir lakukan kesalahan, tiada siapa berani menegurnya. Kalau orang lain seperti Abdul Aziz, walaupun dia juga seorang mamak, jangan harap Dr Mahathir akan maafkan dia kerana jika ada ahli UMNO lakukan kesilapan, ia akan dijadikan alasan kenapa seseorang seperti Abdul Aziz harus meletakkan jawatan.

Kalau ahli-ahli UMNO berani mengaku kesilapan dan meletakkan jawatan, adakah ahli-ahli MCA akan turut mengikut jejak langkah yang sama? MCA akan juga melakukan kajian sebab mengapa orang Cina menolak Barisan Nasional dan parti itu akan juga mencari jalan bagaimankah cara untuk mendapat keyakinan dan kepercayaan semula orang Cina. Siapakah ahli-ahli MCA yang berani meletak jawatan? Jangan harap Ling Liong Sik akan letak jawatan. Chua Jui Meng?

Kepada Samy Vellu, kenapa sampai hari ini dia tidak berani beri ulasan mengenai janjinya yang dia tidak akan balik ke KL kalau BN kalah di Lunas. Samy Vellu pun mahu berlagak pandai juga. Dia macam yakin sangat BN akan menang, maklumlah setahu saya, sejak merdeka BN tak pernah kalah di Lunas. Kalau Abdul Aziz berani letak jawatan, Samy Vellu pun kena kotakan janjinya. Kalau Samy Vellu tidak kotakan janjinya, dia bukan anak jantan.  Saya respect kat Abdul Aziz kerana berani mengaku kesilapannya tak seperti Samy Vellu yang bacul dan penakut sama seperti Ling Liong Sik. Adakah ahli-ahli MIC yang akan menanggung kesalahannya dengan berundur diri supaya Samy Vellu terselamat dari kesilapan bodohnya. Mungkin ahli-ahli MIC akan meletakkan jawatan dengan alasan Samy Vellu tidak boleh dipersalahkan, yang harus dipersalahkan ialah ahli-ahli MIC yang gagal melakukan tugas dengan baik. Kita tunggu apakah tindakan yang akan dilakukan oleh MCA dan MIC nanti.

LTL