Message in English and Malay language
Mesej dalam bahasa Melayu dan English

KAMARULZAMAN TEH – KEADAAN TERKINI

Benarkan kami melaporkan keadaan terkini Kamarulzaman Teh (Pak Zaman). Sebagaimana yang telah dimaklumkan sebelum ini Pak Zaman, 81 tahun, merupakan tahanan politik paling lama di negeri ini. Beliau ditahan 14 tahun di bawah Undang-undang Darurat semasa pemerintahan British dan disambung lapan tahun lagi di bawah ISA selepas Merdeka.

Selama beberapa tahun lalu Pak Zaman hidup sebatang karah. Kedua-dua belah matanya tidak boleh melihat dan beliau tidak boleh berjalan. Kira-kira dua bulan lalu kami telah membawa beliau ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan. Pak Zaman dimasukkan ke Hospital Universiti selama hampir sebulan.

Kedua-dua belah matanya telah dibedah. Pembedahan ke atas mata kanan, yang memang sudah rosak, bertujuan semata-mata untuk mengurangkan tekanan dan rasa sakit. Selepas itu mata kirinya pula dibedah.  Pihak hospital memberitahu cuma ada harapan 50-50 untuk pulih. Malangnya, selepas hampir sebulan dibedah, mata ini belum pulih lagi. Pak Zaman hanya dapat melihat cahaya akan tetapi tidak dapat melihat bentuk.

Sebelum dan selepas masuk hospital, Pak Zaman tinggal di rumah Siti Nor. Dengan sedikit derma ikhlas yang diterima daripada penyumbang ikhlas, kami cuba mendapatkan pembantu untuk menjaga beliau. Kami ucapkan terima kasih kepada semua penderma.

Oleh sebab Pak Zaman perlu dilayan hampir sepanjang masa, terutama sekali waktu  makan, mandi, buang air, kami menghadapi masalah untuk mendapatkan pembantu. Sehingga ini kami gagal mendapatkan pembantu sepenuh masa.

Ada cadangan supaya kami memasukkannya  ke Rumah Penjagaan Orang Tua. Kami telah meninjau beberapa. Keadaan di tempat-tempat itu tidak begitu sesuai untuk Pak Zaman. Lagi pula, bayarannya mahal dan di luar kemampuan kami, iaitu dalam lingkungan RM1,000 sebulan.

Pak Zaman meminta dia dihantar pulang ke Temerloh. Hujung minggu lalu, atas desakannya,  Siti Nor membawanya bertemu dengan beberapa orang keluarga dan kawan. Tidak siapa yang sanggup menerima Pak Zaman. Mereka sama ada sudah tua, tidak sihat ataupun terikat dengan tugas masing-masing.

Sekarang Pak Zaman berada di rumah Siti Nor semula. Beliau ada temu janji dengan doktor pada 5hb dan 10hb Januari 2001. Usaha kami untuk mendapatkan pembantu masih belum berjaya. Kami sudah hilang ikhtiar. Sekiranya ada sesiapa yang boleh memberikan bantuan atau nasihat, silalah berhubung dengan kami:

Siti Noor Hamid Tuah:  Telefon  --  03-55134672   016-2834746
Sabariah Abdullah:        Telefon  --  03-78769149   Fax – 03 - 78744531

20hb Disember 2000
KAMARULZAMAN TEH – LATEST CONDITION

Allow us to report on the latest condition of Kamarulzaman Teh (Pak Zaman). As we have informed before, Pak Zaman, 81, is perhaps the longest political detainee in this country. The British detained him for 14 years under the Emergency Regulation. The confinement was continued for another eight years under the ISA after Merdeka.

For the past few years Pak Zaman lived alone by himself. He has lost sight of both eyes and is unable to walk. About two months ago, we decided to bring him to Kuala Lumpur to get medical treatment.

Pak Zaman was admitted to the University Hospital for about a month. During that time both his eyes were operated on. The first operation on the right eye, which is totally blind, was merely to relieve pressure and pain.

This was followed by operation of the left eye. According to the hospital, there was only a 50-50 chance for recovery. About a month has passed but it still has not recovered. Pak Zaman says he can only see light but not form.

Before and after being warded to hospital, Pak Zaman stayed in Siti Nor’s house. With the help of some contribution from a number of kind people, we tried to get a helper to look after him.  We thank all those who have contributed.

Pak Zaman requires attention almost round the clock, especially when having food, bathing and going to the toilet. So far, despite all attempts, we have failed to get a full-time helper for him.

There were suggestions that we should try to admit him to a Nursing Home. We went to survey a few of them. They are not suitable for Pak Zaman’s condition. Furthermore, the charges are high ,around RM1,000 a month, and beyond our means.

Pak Zaman requested that we sent him back to Temerloh. Last week-end, urged by him, Siti Nor took him to meet his relatives and friends there. None of them was willing or able to look after him. They are either old, not healthy or preoccupied with their jobs.

Pak Zaman is now back at Siti Nor’s home. He has appointments with doctors on 5th an 10th January 2001. We have tried but still failed to get a helper. We are completely at a lost as what to do. If there is anybody who can give any help or advice, please contact us:

Siti Nor Hamid Tuah:  Telephone  --  03-55134672   016-2834746
Sabariah Abdullah:      Telephone  --  03-78769149   Fax – 03 - 78744531

20th December 2000