SALAM REFORMASI
14-03-2001

ISU KG MEDAN DAN ISU SEMASA BN

BN harus mengucapkan terima kasih kepada insiden Kg Medan. Kg Medan berjaya menenggelamkan isu perpaduan Melayu, isu siasatan PUNB, isu Ezam Mohd Nor dan pelbagai isu disamping terus menjalankan kegiatan mengaut hasil negara untuk kroni.

Komentar tidak akan mengatakan isu Kg Medan adalah orkestra BN tetapi ada unsur-unsur yang menunjukkan bahawa  kesempatan ini diambil  oleh pihak tertentu demi cita dan igauan politik mereka.

Implikasi dari insiden sedih Kg Medan telah banyak mengeluarkan andaian-andaian mengenai sebab-musabab insiden ini berlaku dan arah mana perbalahan ini menuju. Andaian ini dibuat kerana terganggunya aliran informasi mengenai insiden tersebut. Apakah mereka harus disalahkan kalau membuat andaian tersendiri dan mendengar andaian yang dibuat oleh orang lain sedangkan fakta dan berita sahih digelapkan dari pandangan dan pendengaran mereka.

Komentar beberapa hari lalu menonton NTV7 nite-line. Tiba-tiba kenyataan mengatakan Pantai Dalam dalam keadaan selamat dan selesa. Angin tak ada, ribut tak ada tiba-tiba Wakil Rakyat Datuk Sharizat mengeluarakan kenyataan bahawa pasukan keselamatan telah di arah untuk menjaga ketenteraman di sana. Punca dan sebab pasukan keselamatan dihantar ke Pantai Dalam tidak diberitahu.

Isu Kg Medan juga telah menjadi bahan bualan mereka dari luar Kuala Lumpur dan Selangor. Isu ini menenggelamkan isu penahanan tidak beretika polis keatas Ezam Mohd Nor. Isu ini kononnya menenggelamkan tuntutan tidak waras Abdul Gani Patail berkenaan dengan yuran Ikat jamin yang menjangkau 50,000. Isu ini menutup kepincangan BN dan dapat memberi peluang Dr Mahathir untuk berehat dari cuba menyelesaikan masalah reformasi.

Mungkin Isu insiden Kg Medan berjaya mendiamkan seketika bahang tuntutan reformasi atau lebih membawa kita untuk mengenal betapa perlunya tuntutan reformasi dalam negara Malaysia ini.

Isu Kg Medan ; banyaklah kepimpinan BN yang mengucapkan terima kasih kerana, buat seketika desakan reformasi terdiam sebentar.

Komentar